
~ Hunbungan pasangan ini berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan pengorbanan jiwa yang besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

~ Sudut negatifnya dari perhubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk sesiapa saja. Meskipun begitu, ia seringkali menganggap si sulung yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, mereka harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namu, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

~ Kombinasi yang selesa. Si sulung dapat mengajar pasangannya untuk bertindak lebih teratur dan dewasa terutamanya saat menghadapi masalah yang sukar. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau berkhayal mengenai masa depan.

~ Pasangan ini sangat sesuai dan boleh melakukan aktiviti yang mereka sukai. Mereka sangat selesa apabila bersama. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan sentiasa ingin berdamai.

~ Hubungan ini akan berjalan dengan lancer apabila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan cirri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku terutamanya apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

~ Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun apabila tidak melihat kenyataan tentang konflik kehidupan dengan betul, mereka sukar untuk mengawal situasi. Kedua-duanya lebih bersifat manja dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.
0 comments:
Post a Comment