Seandainya Kita Sehati Sejiwa: Cerita Cinta
Blogger Backgrounds

♥Follow Honey Azie♥

Showing posts with label Cerita Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cerita Cinta. Show all posts

Sayang Awak



Dengan kucupan tangan
Ku ingin teguhkan ikatan
Dengan sapa mesra
Ku ingin kita selalu bersama
Meski amarah terkadang singgah
Kita ambil warna terindah agar tertuang hikmah
Bila cemburu memburu
Kan kubiarkan lidah ini kelu
Tapi tidak dengan bahasa tubuhku
Jiwaku
Ragaku
Dan segala hasratku hanya terpaut padamu...

Sayang Awak
Aloha Au Ia Oe





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Jika Ia Sebuah Cinta


Jika ia sebuah cinta ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta... ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta... ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

Cinta sejati menerima apa adanya, mendengar apa yangg tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan… Dimana dia datang dari lubuk hati yang paling dalam…


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Harga Sebuah Cinta


Oh indahnya cinta,
Berkenalan dengannya pasti membuatkan seorang insan berasa dirinya agung,
Anugerah yang merupakan lengkapan azali untuk sebuah kehidupan.
Dengan cinta, kita belajar mengenal perasaan, kita belajar mendidik jiwa, kita belajar menahan sabar.

Cinta juga membawa manusia kepada sebuah kemuncak keindahan.
Ketinggian taraf sebuah cinta tiada bandingan.
Kita berkenalan dengan cinta kerana ketentuanNya.
Kita dianugerahkan dengan nilai sebuah kasih-sayang juga kerana telah ditetapkan oleh Nya.

Bermula dengan perasaan kasih, menyemai sebuah ikatan ukhwah, dan seterusnya menguntumkan bunga-bunga cinta. Oh, alangkah indahnya.
Tapi, kadangkala cinta membuatkan kita lalai, lupa pada hakikat sebenar makna sebuah cinta.

Kita lelap dipangkuan dan belaian cinta. Kita tewas dengan alunan-alunan rentak kemungkaran. Semuanya berlaku kerana kita belum punya Cinta Yang Maha Esa.
Cinta abadi bukan letaknya pada rangkulan cinta manusia, juga bukan letaknya pada hebat cinta seorang insan.
tapi tunduknya kita pada keihklasan sebuah ikatan yang ditengah-tengahnya terletak sebuah cinta yang paling agung.

Hormatilah cinta kerana itu adalah anugerah yang paling indah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya. Muliakan cinta yang kita miliki biar menjadi sebuah hamparan indah untuk menjadi sokongan di kala melalui jalan-jalan kehidupan.
jangan jadikan diri kita hamba kepada sebuah cinta.

Jadikanlah cinta itu sahabat kepada seorang manusia yang bergelar si pencinta. Sentiasalah berdoa agar cinta yang kita miliki ini mempuyai harga yang paling tinggi nilainya di sisi Allah.
Biarkan ia bergemerlapan di waktu kegelapan. Tapi awas,walau sehebat manapun cinta manusia, percayalah bahawa cinta yang lebih agung dari cinta-cinta lain adalah apabila kita kecewa kerana cinta, kita luahkan kekecewaan kita kepada si pendengar yang setia iaitu Allah.

Dialah adalah tuan empunya segala cinta. Dia juga takan abaikan semua hamba-hambaNya.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Cintaku,,Aku Menunggu

Sekejap lagi
terang akan tenggelam
camar terbang segera pulang
namun tidak dengan apa yang aku rasakan
kerinduan ini semakin mendalam
sinar cinta tak akan padam
walau cemburu kadang singgah ditepian hati
senyum manismu
selalu mengubati
Sayang
saat aku merinduimu
adakah kau rasa getar cinta dalam kalbu
seperti yang aku rasa
kala merindu
menunggu putaran waktu
terkadang hanya mampu membisu
betapa pilu sebenarnya menyimpan rasa
menyelak masa untuk bertemu
semoga gelap malam tiada mencengkam
semoga mendung hitam berikan kesejukan
lewat lirih nyanyian hujan
melodi syahdu
tentang penantianku untuk bertemu denganmu
"..aloha au i a oe .."
ku bisikkan lewat angin lalu
untuk memberitahumu

.. Cintaku ..
Aku menunggu





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

The Reason Why I Love You



Your smile always brightens my day,
While your words just blow me away.

You make me feel like I can fly like a dove,
There's no one else I adore, no one above.

You love me when no one else is,
When it feels like my life is over, you say I LOVE YOU and it all turns to bliss.

You give me the confidence to go on...making no more sadness,
Loving me...throwing away all of the badness.

You're always there by my side,
When I fall, your arms are open wide.

Your love sets me free,
So finally you can see the real me.

Your heart lets me wish on stars,
That someday I can be wherever you are.

Late at night when I look up at the moon,
The only thing I seem to think about is you.

There's only one thing that I will never forget,
And that's the day we finally met.

When I gaze into your eyes,
I know your the one that will never tell me any lies.

I hate those nights when I'm trapped in a cell when all I can do is think about you,
But then I feel free when I know your thinking of me too.

Your stuck in my head from day till night,
In my dreams in my mind pictures of us hugging tight.

I thank God for those days I get to see your smile,
Cause I only get to see them once in a while.

You're all that I want, all that I need,
Just tell me you like me too and my heart wont bleed. 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Cinta Kadang Tak Memiliki



Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya

Bagaimana hari anda berlalu hari-hari tanpa cinta? hidup ini tidak dapat lari dari cinta…indahnya cinta itu bila melihat orang yang kita sayangi bahagia walau bukan dengan kita.. Kerana cinta itu bukan mempunyai kekuatan untuk melangkah jauh melihat kebahagiaan si dia..
Namun di mana hendak kamu mencari satu kekuatan untuk membenarkan rasa yang tersimpan menjadi kenyataan.. Sejauh mana lagi hendak kamu sembunyikan selaut kasih itu sedangkan hari harimu meronta satu sudut dunia yang dirimu amat menyayang akan dirinya..

Kamu merasakan seolah kamu bahagia begini, hanya memandang dalam jauh.. Melihat dalam dalam di matanya menyembunyikan getaran yang tersimpan.. Jika takut berkata cinta, simpan saja hingga hilang akan dia.. Sesalan tiada gunanya jika hanya menunggu saat kehadirannya..

Memang menyakitkan hati pabila kita jatuh cinta pada seseorang itu dan cinta kita tidak diterima, di tolak hingga luka yang pedih terasa di lubuk hati.. Tetapi amat menyakitkan hati dan terus di dalam sesalan jika cinta akan seseorang namun tiada kekuatan diri menyatakan.. Kuatkan azam membentuk satu kisah antara kamu dan dia..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Kadang kala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang tetapi hati kita selalu berkata kata aku takut untuk meluahkannya.. Dan kerana rindu itu tiada bertepi.. Takut akan merubah segalanya yang indah.. Amat kita takut menghadapi igauan sedangkan kita sendiri dalam samar.. Mungkin nasib diri bertuah selangit cerah.. Dan mungkin saja diri amat malang, sedalam laut hitam..

Tiada manusia yang rugi pada sesuatu yang tidak pasti.. Dia mungkin bukan jodoh kita, kita bukan matahari buatnya.. Malam indah kita bukan untuknya dakap erat dan ucap salam sejahtera serta cinta.. Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan teman di kala bersendiri.

Dan ingin saja kita mahu keseorangan dan bersendirian dalam mengejar mimpi indah.. Namun hakikatnya kita dalam sepi menanggisi kesunyian seolah tiada langsung manusia yang bersimpati.. Dan kita terus hanyut di dalam arus yang diam.. Mencari satu wajah yang akan memiliki sekeping hati ini..

Kadang orang berkata, adakah kita tiada rasa atau perasaan.. Seolah memandang hina akan diri kita.. Dalam menjejak mimpi yang dulu hilang.. Dan sebenarnya orang itu tidak tahu.. Kita masih ada harga diri yang tinggi.. Menanti nilai cinta suci dan bukan hanya semudah menerima sesiapa saja..



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Jangan Tangisi Jika Cinta Itu Tidak Lagi Bermaya


 Cinta kadang tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta 

Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita..

Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..

Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Memmbuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya…

Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta..

Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?

Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..

Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan..

Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang?

Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..

Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..

Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..

Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?

Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..
Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Erti Disebalik Kesetiaan



Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?

Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.

Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.

Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Jika ingin mendapatkan cinta yg ikhlas maka sudah seharusnya kita yg terlebih dahulu memberi cinta yg ikhlas. Sukailah seseorang tanpa niat lain kecuali ingin menjadi pasangan yg halal dan mendapat RedhaNya. Cintailah sseorang kerana agamanya. Pilihlah sseorang yg datang tanpa menabur banyak janji. Mereka yg memiliki cinta suci adalah mereka yg takkan mnyentuhmu sebelum dia Halal bagimu 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

SEKALI INI

Bolehkah aku pinta padamu
Temani aku!
Menghabiskan detik-detik menunggu
Sekali ini saja
Hanya sekali ini

Bila tiada tempat untukku bersandar
Ucapkanlah padaku
Tentang erti sabar
Biar jiwaku merasa tenang

Jika kau tiada waktu untuk menemaniku
Goreskanlah satu kata!
Bahawa sang waktu akan berlalu
Walaupun hari ini pilu menikam hatiku

Aku perlukanmu
Aku tahu kau dapat merasakan
Sekali ini
Teguhkan semangatku seperti dulu
Saat kurapuh
Saat bening air-mata ini berlabuh
Dan hatiku menjadi luruh







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Hatiku Yang Memilih

Bukan aku yang memilihmu
tapi hatiku
tak perlu untuk menjadi dewa dimataku
sebab hatiku tak memandang atau memilih siapa pun yang menjadi pilihan
bukan mataku yang memilih arjuna untukku
tapi hatiku yang akan menentukan siapakah yang akan menjadi lelakiku
dari sedihmu
kupersembahkan puisi kebahagiaan
dari putus asamu
kulakarkan puisi tentang kekuatan hati
dari luka hatimu
ku lukiskan puisi tentang indahnya cinta
kerana
aku hanya ingin kau tersenyum
dan hanya itu yang bisa aku lakukan




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Assalamualaikum CINTA

Assalamualaikum cinta
hangat mentari mula menerpa
pada makhluk TUHAN penghuni alam semesta
apa khabarmu cinta?
malam tadi apakah kau lena?
cintaaku memang terluka
tapi aku lebih takut kau yang terluka
bila ada lukisan cinta
indah dan nyata
aku rela menjadi kanvas mu cinta
lukislah bagaimana pun kau suka
asal kau bahagia
beribu duka pun takkan ku terasa

maafkan aku cinta
semua kulakukan kerana aku tak sempurna
aku takut kau kecewa
bicaralah cinta
kerana diammu membuat aku putus asa

apapun yang terjadi
aku ikhlas menerimanya cinta
AKU IKHLAS






♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Sejadah Cinta

Doaku yang tak sempat menyebut namamu
usai sebelum waktu
bertebaran disepiku menunggu
rasa maluku lari bersembunyi
aku mengingatimu
berharap kitakan sama-sama sujud disejadahku
meski aku tahu itu dulu
jujur
aku rindu
kata indahmu
mata teduhmu dan semua kenangan-kenangan itu
dan kini telah berlalu
percayalah
aku masih mencintaimu kerana cintamu pada TUHANku



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Promosi Ubat Cinta

Nama ubat : panaCINTAdol (Love Capsul)

Bahan-bahan

-25% serbuk cinta
-25% gula kasih sayang
-50% semangat rindu

efek

-tubuh bergetar
-jantung berdebar
-hati berbunga-bunga
sukatan
-1 x 24 jam pertemuan
-pagi,siang dan petang kene telefon
-malam sms
-sebelum tido kene selalu sebut nama dia


efek sampingan

-kosentrasi terganggu
-selalu mengelamun
-ketawa sendiri
-senyum sendiri
-susah tidur
-mandi mungkin sedikit basah
-makan mungkin tiada selera





.............(^_^)................













♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Wanita Itu Bunga

Wanita itu
Banyak sekali kan perumpaannya
Jika seorang lelaki mencintai wanita
Dia takkan pernah berniat melukai perasaannya
Takkan pernah menodai jiwa dan raga

Andai wanita seumpama bunga

Lelaki akan melindunginya
seperti duri yang ada disekitar tangkai
Takkan membiarkan

Tangan-tangan nafsu memetik kuntumnya

Walau cepat sirna
Tapi keikhlasan takkan mampu terucap oleh kata-kata
Ia hanya mampu dilihat dengan mata dan mampu dirasa oleh jiwa
Andai wanita seumpama berlian permata
Lelaki akan menjaganya agar kilaunya tetap bercahaya
Tiada berubah warna 



*Lelaki tahu dimana letaknya dan tahu bila dia harus membawanya*

Lelaki takkan pernah memaksa apa yang dia kehendaki
Sabar menunggu mekar
Tidak membuka aib agar tersebar
Dia takkan meminta
Sesuatu yang belum waktunya
"Sebelum kau menyunting bunga,fikirkanlah bahawa bunga mudah layu bila terlepas dari tangkainya"

"Dan sebelum kau menerima bunga,kau juga harus tahu terlebih dulu bagaimana 

merawatnya"








♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Antara Dua Hati

Mencintaimu bukanlah suatu kebetulan 
tapi adalah takdirku 

Merindukanmu bukanlah kiasan 
itu adalah syair hidupku 

Ingin bermimpi tentangmu malam ini 
itu adalah harapanku 

Beranjak dari rasa penat yang menemani malam sepiku 
itu juga demi rasa hangat yang ku nantikan 

Datanglah rindu 
disini telah ku semai rasa itu sejak dulu 

Akankah berbunga asmara? 
getar bibirku adalah doa 

Hela nafasku adalah rasa 
terpejam mata berbias bahagia 

Kejora semakin terangi sudut hati  
yakinkanlah aku kaulah yang akan selalu melukis langit malamku




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Sedetik Lebih


Kutulis namamu
                                                                   diatas sekeping hati
berharap kan indah bertakhta
Kuukir namamu dibayangan akal
semoga tak pernah hilang dari ingatan
Kusebut namamu dalam doaku
bersatulah abadi hingga akhir hayat
Kudesahkan kelu dihembusan nafasku
tersebutlah namamu dibisunya RINDU

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

CINTA, SAYANG, SUKA, MINAT

Cinta - kita mmg m'harapkan dia m'jadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akanCINTA pada seseorang itu…




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Kenali 13 Jenis C.I.N.T.A

1. CINTA PERTAMA 
Biasanya dilalui ketika kita masih mentah lagi untuk mengenal erti cinta, orang yg dicintai pun sebaya dan mungkin juga orang yg kita cintai itu jauh lebih tua daripada kita. Cthnya: Cikgu, kakak/abang angkat, sepupu, jiran2, orang kampung atau cinta kepada penjual aiskrim. Cinta pertama boleh juga merujuk kepada kekasih impian, walaupun begitu cinta pertama tidak semestinya akan menyebabkan kita dapat tempat pertama dalam pertandingan lari dalam guni.


2. CINTA PANDANG PERTAMA
Sesungguhnya cinta pandang pertama itu hadir pada saat2 yg kita tak sangka sama sekali, cthnya ketika memandu kereta, ketika sedang makan di restoran mamak, ketika menari di pesta muda-mudi, ketika berjalan-jalan di atas pasir putih tepi pantai, ketika memakai kostum beruk, ketika keluar rumah tak mandi, ketika menjual VCD haram, dan macam2 lagi ketika lah. Kesimpulannya cinta pandang pertama itu banyak terdapat di Pertama Complex, so pegi la lepak sana selalu.


3. CINTA SEJATI

Cinta jenis ini yg paling susah nak dapat sebab memerlukan kita berkorban apa sahaja untuk insan yg tersayang dan mengharapkan yg sama juga diberikan pada kita. Nama lain bagi cinta sejati ialah cinta suci atau cinta sepenuh hati. Kalau nak dapat cinta yg sejati lagi tulus serta murni kenalah selalu nyanyi lagu bunga-bunga cinta atau lagu kau yg kucing tahi.


4. CINTA 3 SEGI
Eloklah kita elak dari terjebak dengan cinta 3 segi ni sebab ianya mungkin boleh bercambah menjadi cinta 4 segi, 5 segi, petak, bulatan, malah pentagon. Akan tetapi umat islam lelaki dibenarkan kahwin sampai empat orang, yakni bersamaan juga dengan cinta pentagon. Bagi wanita yg terbabit dengan percintaan 3 segi dengan 2 orang lelaki seharusnya bersedia untuk memutuskan hubungan dengan salah seorang drpd mereka. 


 5. CINTA MONYET
Biasanya dilalui oleh monyet, kera, dan beruk sahaja, malangnya ada segelintir remaja beranggapan bahawa mereka sedang bercinta monyet. Cinta monyet juga merujuk kepada cinta yg sementara antara dua insan atau perhubungan terlarang antara dua ekor gorilla sama jantina. Oleh itu, menyintai monyet adalah merbahaya kepada kesihatan mental.


6. CINTA BUTA

Kerana cinta buta atau buta kerana cinta ramai yg telah menjadi mangsa akibat mengikutkan perasaan membabi buta. Sebenarnya cinta itu tidak buta cuma rabun je sikit, akan tetapi dalam bercinta ramai yg sukar untuk membezakan yg mana intan dan yg mana permata. Kalau sungguhpun cinta itu buta, berilah cinta itu sebuah tongkat agar dapat beliau meraba arah ke tempat yg dituju seperti insan2 kurang penglihatan yg lain. 


7. CINTA GILA
Belum pernah dalam sejarah manusia sesuatu yg gila itu baik untuk kita, begitu juga dengan cinta gila yg juga bermaksud gila kerana cinta atau tergila-gilakan seseorang sehingga gila. Penyakit lain yg berkaitan dengan cinta gila ialah, gila babi, anjing gila, lembu gila, gila-gila remaja, dan justin bieber fever.


8. CINTA ANTARA DUA DARJAT
Pepatah melayu ada mengatakan, enggang sama enggang, pipit sama pipit mana kan boleh terbang bersama. Percintaan di antara dua insan berlainan kedudukan pangkat dan kekayaan memang selalu menempuhi pelbagai dugaan akan tetapi persamaan taraf dan kelas dalam menentukan jodoh tidak menjamin kebahagiaan. Cinta antara benua sekalipun mungkin akan berjaya sekiranya dua hati yg terlibat saling memahami antara satu sama lain. Akan tetapi, pada zaman kini kalau kita naik air asia tak mungkin akan bertemu jodoh dengan pasangan naik mas sebab air asia dan mas tak landing di airport yg sama. 


9. CINTA TERLARANG

Budaya yg dibawa oleh barat seperti gay dan lesbian tergolong dalam jenis cinta terlarang dan tak sepatutnya diikuti oleh kita. Cinta terlarang juga merujuk kepada cinta yg telah diwartakan sebagai terlarang, cthnya, cinta rempit, cinta dadah, dan terlalu cinta sehingga sanggup membunuh. 


10. CINTA TERHALANG 
Perhubungan percintaan yg terhalang biasanya di sebabkan oleh faktor salah seorang atau beberapa orang ahli keluarga tidak bersetuju dengan hubungan tersebut. Situasi ini biasanya amat sukar untuk dihadapi dan biasanya tidak berakhir dengan aman. Penghalang cinta akan melakukan apa sahaja untuk memisahkan pasangan yg bercinta itu, sehingga menyebabkan pasangan yg cuba dipisahkan itu lari berdua dan hidup melarat di tempat orang. Ada juga pasangan yg terpaksa menunggu usia lanjut untuk berkahwin kerana menunggu penghalang cinta mereka tiada lagi di dunia ini. 


11. CINTA TAK TERHALANG
Kalau tak dihalang sonang cerito, buleh hanta rombongan mominang secopek mungkin jang oi nanti lombat dikobas orang. Yg ni tak payah koba pon takpo, buek ponat jo ekau orang ni. Harap maaf di atas slang N9 yg tidak disengajakan itu.


12. CINTA LUAR BIASA

Cinta Siti Nurhaliza dengan Dato' K


13. CINTA AGUNG
Cinta yg paling agung ialah cinta kepada Maha Pencipta dan itulah yg kekal abadi. Kasih manusia sering bermusim. Sayang manusia tiada abadi. Akan tetapi kasih Tuhan tiada bertepi dan sayang Tuhan janjiNya pasti.


Sekian, semoga mendapat petunjuk dan hidayahNya... Amin....







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2014-2015.All Right Reserved by Honey Azie