Seorang yang bergelar isteri perlu berikan yang terbaik
kepada suami mereka. Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada
suaminya.
Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih dari
keluarga terdekatnya sendiri. Hari ini admin nak berkongsi tentang
Kelebihan-kelebihan seorang isteri. beruntungnya kaum hawa ini :D
1) “Sekali suami
minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa
setahun”
2) “Makanan yang
disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan
haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada
mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri
hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai
jihad”.
5) “Pemeliharaan yang
baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan
harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus
ganjaran dari Allah kepada seorang
isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal
dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”.
(Hadis Riwayat Tarmizi)
8 ) “Seseorang
wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang
difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan
dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana
pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam
suatu perkataan iaitu “TAAT”
0 comments:
Post a Comment