Sewaktu kita kecil, ramai di antara kita
gemar berkata, “Kata-kata kamu tidak akan mengapakan aku” atau “Eleh, setakat
ejekan atau kata-kata begitu pada aku, tidak langsung buat aku rasa apa-apa, lainlah
kalau aku dibaling kayu atau batu”, atau “Mereka katalah apapun, aku tetap
biasa saja”.
Jelasnya, ianya tidak memakan masa yang
lama untuk kita menyedari bahawa kata-kata itu memberi kesan yang mendalam
lebih dari yang kita sangkakan. Ianya mempengaruhi pemikiran, perasaan,
tindakan dan keadaan minda kita. Malah kata-kata yang ringkas pun sering
membawa maksud yang besar.
Cuba fikirkannya. Sama ada anda mahukan
kerja idaman anda, memperbaiki persahabatan anda, menyelamatkan perkahwinan
anda atau mengikat pekerja-pekerja anda, kata-kata yang anda pilih untuk
dikatakan boleh memberi seribu perbezaan. Kata-kata ringkas, yang sering kita
ambil ringan, mempunyai kuasa untuk melukakan atau menyembuh, untuk memberi
inspirasi atau melemahkan, untuk membantu atau menyekat.
Di bawah adalah 18 contoh kata-kata kecil
yang membawa maksud yang besar dalam cara yang amat positif.
1.
Terima kasih.
Oleh kerana setiap dari kita ini mahu
berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan
dihargai. Perkataan seperti - Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya
rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa.
2.
Saya maafkan awak.
Kita semua melakukan kesilapan dalam
hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati kawan-kawan,
anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka
di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.
3.
Saya sayangkan awak.
Barangkali mungkin pernyataan yang
terbesar dalam kalangan yang lain, tiada bandingan untuk: “Saya sayangkan
awak”. Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling
murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja
yang boleh mengatasi kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan
kasih sayang melalui perbuatan.
4.
Saya sudah salah.
Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk
menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri
sendiri terhadap kesalahan diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa
perkara yang telah lepas tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap
segala keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa
depan yang lebih baik.
5.
Awak cantik.
Apabila kita terasa diri tidak cantik,
hodoh luaran atau dalaman, ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada
orang yang menganggap kita cantik.
6.
Tak apa.
Apabila kita risau, terluka, runsing atau
takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika
anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu
betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya
pasti akan jadi baik.
7.
Saya faham.
Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba
memahami, maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah
faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam
pendapat diri; seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai.
Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan
kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya mula
nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.”
8.
Awak selamat.
Apabila kita terasa lemah dan takut,
kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan
yang kita perlukan. Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata
selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya.
9.
Saya mengagumi awak.
Adanya orang yang memandang tinggi pada
anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah
anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah
memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan
mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain.
10.
Saya sokong awak.
Apabila membuat keputusan yang sukar, yang
mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu
bahawa ada orang bersama anda walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama
awak” dan “Saya sokong awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan
dengan lebih berani.
11.
Awak boleh lakukannya.
Apabila anda terfikir untuk berputus asa
atau sedang melawan rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi
makna yang cukup bererti pada anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui
bahawa ada orang lain yang percaya pada anda yang menyuburkan semula
kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada.
12.
Awaklah orangnya.
Kata-kata ini mengatakan saya pilih awak,
awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi
perasaan yang terbit apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang
istimewa pada seseorang.
13.
Ini semuanya untuk awak.
Kebanyakan hari-hari dalam hidup bukan
semuanya kita lakukan untuk diri kita, tetapi kita tidak akan lupa hari-hari
yang sememangnya untuk kita. Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari
graduasi; kita sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari
teristimewa buat kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan
yang tidak mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk
menjadi 100% semuanya tentang diri anda.
14.
Saya ada di sini untuk awak.
Jika perlu teman untuk menangis, anda tahu
betapa berkuasanya kata-kata ini. Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak
sendirian, bahawa ada orang untuk membantu kita mengharungi kesakitan,
kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti
hidup mereka berjaya pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping
mereka.
15.
Kerja yang hebat.
Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang
sempurna. Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan
pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata
pengiktirafan dan puju-pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi,
berkerja lebih kuat dan memberi rasa harga diri.
16.
Saya rindu awak.
Kita tidak mampu untuk sentiasa berada
bersama dengan orang-orang yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat
bermakna untuk mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah
satu cara untuk menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak
mampu lagi menanti saat untuk kita bersama lagi.
17.
Awak penting.
Kita semua mahu rasa diri kita penting
buat seseorang atau sesuatu selain dari diri kita. Mendengar yang diri kita
dihargai oleh orang lain, terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna
atau tidak penting, adalah sangat istimewa.
18.
Maafkan saya.
Apabila hati sakit, permintaan maaf yang
ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. Saya minta maaf,
tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan
pengakuan terhadap kerosakan yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan
sakitnya.
Semoga anda kata-kata ringkas dengan makna
yang besar ini bermanfaat untuk anda. Sepanjang anda meneruskan hari anda,
bercakaplah dengan baik dan gunakanlah kata-kata ini, yang mana anda sendiri
pun suka untuk mendengarnya. Akhir kata, ingatlah orang tidak tahu bagaimana
perasaan kita sehinggalah kita menyatakannya dan jangan anggap mereka tahu.
Selamat menjalani hari anda.
0 comments:
Post a Comment