Berikut ciri-ciri suami yang menjadi dambaan para isteri. Memang
sekilas kelihatan sempurna, namun anda lelaki pasti boleh melakukannya tahap
demi tahap :
1. Setia Mendengar
Ada telinga tapi tak mendengar, kadang-kadang untuk mendengarkan
itu susah. Tetapi seorang isteri akan lebih suka jika memiliki suami yang mahu mendengar cerita
atau keluhannya. Bagi suami kadang-kadang untuk mendengarkan perkataan isteri
sering dianggap tidak penting tetapi yang diinginkan oleh isteri hanyalah
perkataan dia didengari dan difahami sahaja.
2. Menghargai
Semua manusia tentu ingin dihargai, termasuk juga isteri. Seorang
suami yang selalu menghargai isteri baik dalam sikap mahupun perkataan tentu
akan selalu dirindukan oleh seorang isteri. Penghargaan yang diharapkan oleh
isteri bukanlah mahal atau besar, bermula dengan perbuatan-perbuatan
kecil atau ringkas seperti memberikan pujian jika isteri memasak atau memberi ciuman selamat pagi.
3. Tidak Suka Menyalahkan
Seorang isteri juga manusia yang tak luput dari kesalahan, ketika
isteri berbuat kesalahan, suami sebaiknya menegur dengan sikap yang
berhemah, tidak dengan kasar atau menyalahkan dengan emosi yang berlebihan.
Daripada marah-marah kepada isteri, sebaiknya bertanyakan/meminta penjelasan
dari isteri kenapa berbuat itu dan memberi nasihat agar tidak berulang
lagi.
4. Menerima pendapat
isteri
Suami sebagai ketua keluarga, sebaik-baiknya tidak bersikap ego,
tetapi sebaliknya suami dapat mendengar dan menerima pendapat dari isteri jika
pendapat itu memang merupakan keputusan yang terbaik. Suami isteri perlu memutuskan
suatu keputusan secara bersama-sama, tidak sepihak dan isteri harus memahami
apa-apa keputusan yang diputuskan oleh suami.
5. Sayang diri sendiri
Kalau suami menyayangi isteri dan keluarga, tentu isteri juga
ingin agar suami juga menyayangi diri sendiri. Seperti menjaga kesihatan, Cara
pemakanan, tidur yang cukup, dan tidak merokok.
6. Pulang dengan senyuman
Tekanan di tempat kerja tidak membuat suami membawa perasaan
itu didalam rumah, kerja yang membuat stress atau meletihkan tetapi ketika
sampai di rumah semuanya dihiasi dengan senyuman, sehingga isteri tidak menjadi
sedih atau salah sangka. Jika ada masalah di tempat kerja, suami boleh berkongsi cerita kepada isteri dan isteri pun boleh menjadi
motivasi atau memberi sokongan kepada suami yang sedang menghadapi masalah.
7. Romantis
Isteri mana yang tidak bahagia memiliki suami yang penuh kasih
sayang , perhatian dan romatis. Memang agak susah mengharapkan suami menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada isteri setiap hari. Tetapi suami boleh
melakukannya pada waktu tertentu, contohnya ulangtahun pernikahan, atau hari
ulang tahun isteri. Sesekali suami mengajak isteri untuk keluar berduaan .
8. Membantu urusan rumah
tangga dan anak
Inilah suami idaman yang dinantikan oleh para
isteri, iaitu suami yang mahu membantu dan melakukan kerja rumah tangga.
Dicelah kesibukan mencari nafkah, suami masih ‘sempat’ meluangkan waktu untuk
membantu isteri dan anak.
9. Sentiasa menambah ilmu
rumah tangga
Biasanya isteri yang mencari informasi berkenaan dengan
rumah tangga, tetapi alangkah baiknya kalau suami juga mencari informasi
dan ilmu mengenai rumah tangga.
1 comments:
Thanks for sharing...
Post a Comment