MUHARRAM
è
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna. Walaupun begitu, jika
didik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar
cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam
keadaan selamat.
SAFAR
è
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahannya. Ibu bapa
perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya
menjadi susah. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk
kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
è
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar,
menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaannnya. Ramai
yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya
keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR
è
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya dan mudah mengangkat tangan.
Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.
JAMADILAWAL
è
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan
nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu,
keberanian dan tekadnya akan menunjukkan hasil usahanya, kadangkala menemui
kegagalan juga.
JAMADILAKHIR
è
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Pelbagai
kepandainan ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah
mengakuinya. Bila dia tahu dia benar, pendiriannya keras tidak mahu mengalah.
Semasa kecil ibu bapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat
baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa dia akn menyenangkan kedua
orang tuanya.
REJAB
è
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibu bapanya patut mendidik
dengan baik agar dapat menerapkan nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka
bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari
sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
SYAABAN
è
Perwatakannya baik, hidup selamat rezekinya tidak
putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawannya.
Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka padanya. Mas dewasa ia
akan berjaya dalam kerjayannya dan mudah mendapat rezeki.
0 comments:
Post a Comment