PUTIH
**Melambangkan
kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang yang ingin mulakan kehidupan baru. Ia
ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan
kebersihan dan kebolehan profesional.
MERAH
**Melambangkan
tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya ia melambangkan bahawa pemakainya dapat
menyelesaikan kerja kerjayanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa
pemakainya memaparkan paksaan dan sifat agresif. Merah juga berkait rapat
dengan tenaga seksual juga kemarahan.
JINGGA
**Melambangkan
sifat kewanitaan. Ia bermaksud cinta, kelembutan dan juga perasaan.
OREN
**Warna
ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah lambang kekuatan kerana ia
menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna
ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang amat
kuat dan pelik bagi sesetengah orang.
KUNING
**Ini
adalah warna tenaga mental dan berkait rapat dengan pencarian intelektual dalam
pelbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan
menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi sesetengah prang ia dianggap
warna yang memaksa. Ada juga yang mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.
HIJAU
**Warna
ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Warna ini berkait
rapat dengan pertumbuhan dan epmbaikan dan dianggap warna yang baik untuk
mereka yang bekerja dengan benda hidup dan menolong atau mengubati orang lain.
Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh
untuk mengubati diri. Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan
fikiran. Bagaimanapun warna hijau dikaitkan dengan cemburu.
UNGU
**Ia
adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang
yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang
kerohanian.
HITAM
**Ia
adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan
sifat ‘sofistikated’ dan boleh menyesuaikan diri.
COKLAT
**Warna
ini membawa petanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih dan mempunyai prospek
masa depan. Jika mahu banyak wang, ada yang menyarankan agar memakai warna
coklat.
0 comments:
Post a Comment