Seandainya Kita Sehati Sejiwa: Cintai Tubuh & Cintai Diri Sendiri
Blogger Backgrounds

♥Follow Honey Azie♥

Cintai Tubuh & Cintai Diri Sendiri





Kita sering obsesi dgn imej tubuh kita. Anda berdiri di depan cermin dan menemui lemak di mana-mana. Sememangnya wanita ingin mempunyai perut yg langsing, pingul yg kecil dan punggung yg padat. Ini akan membuatkan seseorang wanita berasa lebih yakin pada diri sendiri dan tampil seksi di mata umum.

Tetapi obsesi tidak akan membawa anda kpd tubuh yg diinginkan. Ini akhirnya tidak akan mendorong untuk melakukan tindakan apapun. Langkah pertama untuk mengubah adalah mulai menerima diri sendiri dan mencintainya. Berikut berbagai mana memperlakukan tubuh dgn cinta dan menghargainya.

1) Berhenti membicarakan lemak
Ketika anda mula membicarakan lemak dan makan berlebihan, keadaan ini menjadi sulit untuk dihentikan kerana anda mungkin akan berasa perlu pergi bersenam selepas itu.

2) Hindari menilai diri di cermin
Cubalah untuk menghindari mempelajari diri sendiri di cermin. Dan jika anda sedang melakukan yoga atau aerobik, cubalah untuk tidak memfokuskan pada bagaimana penampilan anda, tetapi bagaimana anda merasakannya.

3) Pakailah pakaian yg boleh membuatkan anda yakin pada diri sendiri
Bersenang-senanglah dgn tubuh anda dgn mengenakan pakaian yg terbaik utk tubuh anda. Wanita cenderung mengenakan pakaian yg lebih besar utk menutupi apa yg mereka miliki.

4) Berhenti menimbang diri sendiri
Cubalah hindari untuk menimbang diri sendiri utk sementara waktu dan lihat bagaimana anda merasakannya. Anda akan terkejut betapa bahagianya anda merasakan diri sendiri ketika itu seperti tidak ada jumlah yg berlebihan di hadapan anda.

5) Tubuh adalah teman anda.
Fikirlah segala sesuatu yg baik untuk kesihatan dan kecantikan tubuh anda. Hormati tubuh anda, ini smeua adalah untuk anda. Jgn berasa kecewa jika anda berasa anda tidak kelihatan cantik. Sebaliknya berpuas hatilah dgn bentuk tubuh yg anda miliki.

6) Berhentilah membandingkan diri sendiri
Sifat untuk meniru memang ada pasa setiap manusia. Anda mungkin ingin meniru gaya atau penampilan model yg anda lihat bergaya di dalam majalah. Anda mungkin berasa ingin menjadi seperti model atau artis tetapi membandingkan diri anda secara terus menerus dengan body image ideal tidak sesuai untuk anda. 

p/s::Belajarlah utk menghargai diri sendiri.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2014-2015.All Right Reserved by Honey Azie