Seandainya Kita Sehati Sejiwa: June 2012
Blogger Backgrounds

♥Follow Honey Azie♥

Sayang Awak



Dengan kucupan tangan
Ku ingin teguhkan ikatan
Dengan sapa mesra
Ku ingin kita selalu bersama
Meski amarah terkadang singgah
Kita ambil warna terindah agar tertuang hikmah
Bila cemburu memburu
Kan kubiarkan lidah ini kelu
Tapi tidak dengan bahasa tubuhku
Jiwaku
Ragaku
Dan segala hasratku hanya terpaut padamu...

Sayang Awak
Aloha Au Ia Oe





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Aiskrim dan Korang



Best giler kalau dapat makan aiskrim kan kan!!Aiskrim kegemaran pon mewakili personality gak..

IceCream Strawberry: Digambarkan sebagai seorang yang jujur,setia & boleh dipercayai. Di kalangan kengkawan, kamu dianggap sahabat yang paling memahami sebab sikap kamu yang sentiasa sudi untuk menyelesaikan masalah kengkawan.Tak dapat dinafikan bahawa yang kamu ni sentiasa berusaha uTk meningkatkan kemajuan diri. Cuma kengkadang tue, kamu nie cepat berputus asa kalau tak dapat menyelesaikan problEm..
(mcm tu ker?)

IceCream Vanilla: Jenis yang peramah & mudah bergaul dengan orang ramai. Suka hidup dalam bermasyarakat & sering membantu sesapa yang ada problem. Selain tu, kamu pun ada semangat yang tinggi serta tak gentar menghadapi cabaran hidup. Dalam Hubungan kamu dikatakan seorang yang RoMAnTIK & sentiasa ceria. Jika berlaku perselisihan paham dalam hubungan, kamu takkan berputus asa mencari jalan penyelesaian.(wow..i like..!)

IceCream COkelat: BEware!! selalunye korunk yang memilih perasa cokelat mempunnyai ciri2 seorg penggoda. Cantik, berbakat dan memiliki ciri2 keistimewaan yang menjadi idaman hati beboy dan gegurl. Kamu suka lakukan sesuatu tanpa berfikir sebelum buat, tak kesah apa orang nak kata asalkan diri sendiri puas. Sikap kamu susah nak dijangka sebab kengkadang tu cepat terpengaruh ngan org lain. (huhuhu..its me..but yg mggoda tu xde r plak)

IceCream ChoColate ChiP: Dikatakan seorang yang mementingkan persahabatan. Bagi kamu, sahabat merupakan orang yang paling berharga dalam hidup kamu serta mendapat tempat untuk mengadu masalah. Tapi, awas! orang camni mood die berubah ubah. Biler skali hati kamu disakiti, jangan harap kamu nak maafkan insan yang sakitkan hati korang dengan mudah. Dalam percintaan, kamu dikatakan seorang yang caring serta sering mengutamakan Lover dalam apa jua keadaan. 
(bahaya gak ni x maafkan orang..=p)


IceCream Butter Pecan: Agak pendiam dan suka menyendiri. Korang lebih suka mendiamkan diri dari menceritakan masalah korang dekat orang lain. Walaupun korang jenis yang pendiam namun tak dinafikan yang korang memiliki sifat lemah lembut serta mudah bersimpati dengan orang lain. Menyentuh tentang cinta, korang merupakan lover yang paling memahami & tahu menghargai perasaan seseorang.
(so sweet..)


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Puisi Rindu



entah kenapa
hati ini merasa kehilangan
akan sesosok kepribadian
yang begitu lembut

yang menemani dalam kesendirian
yang menghangatkan dikala hati membeku
hari-hari dalam kebersamaan
mungkinkah hanya tinggal kenangan belaka

canda tawa bersamamu
kini hanya penantian
tutur sapa dengan dirimu
kini hanyalah impian semata

jauh tatapan untuk bertemu
jauh kata untuk menyapa
walau jarak membentang menghalangi
namun hati menanti hadirnya dirimu

Puisi Rindu

Segurat wajah sendu... Seuntai syair pilu...
Sepotong hati yang berbalut rindu..
Rindukan hadirmu, rindukan senyummu..
Tuhan di Surga.. trimakasih tlah kau Kirim
Dia yang sangat berarti
Untuk hidupku
Dia pelangi hatiku, warnai hariku...
Sepotong asa didada untuk tetap ada, takkan sirna
Kini... nanti... dan sepanjang masa.

Puisi Rindu

Awalnya ku tak sungguh2 mnyukaimu
kemudian sedikit demi sedikit
Ku mulai mnyayangimu
Tapi kini kau seperti
Semkin terasa jauh dariku
Tak tahu ku kenapa begitu
Seperti daun yang tertiup angin
Entah sanggup ku raih entah tidak
Aku merindukanmu
Sangat amat merindukanmu
Aku hanya bisa menuliskannya pada Selembar kertas putih yang bersih
Betapa ku merindukanmu
seperti ratusan liter air yang berada di pantai
seperti itulah rinduku padamu

Tentang Rindu

Jika bintang-bintang sudah tidak dapat lagi menemani
Biarlah ku nikmati kesunyian ini
Jika puisi indah sudah tak dapat lagi mewakili perasaan ini
Biarlah ku nikmati kehampaan ini
Mungkin air mata yang tulus
Akan lebih bermakna daripada tawa penuh dusta
Semoga kerinduan ini kan segera berakhir
Seiring ku dapatkan kerinduan baru yang lebih bermakna
Dan dapat membuat ku bahagia

Cinta dan Rinduku Padamu

Adakah engkau disana sepertiku
Memasuki dunia hayalanku yang mencaci
Aku berhayal berduaan dengan mu
Dimana aku dapat tertawa bersamamu, menggenggam tanganmu
Wahai cintaku disana
Mengapa kau tak mengenaliku
Kau tak tahu apa yang ada di hatiku
Kau tak tahu jika aku memandingi wajah indahmu
Adakah engkau disana sepertiku
Yang tidak sadarkan diri akan cinta yang bersemi
Yang tak mampu mengucapkan kedalaman kerinduan
Saat berhadapan dengan mu
Aku yang terkurung di ruang cinta dan kerinduan ku
Tak dapat berucap padamu, bahkan walau telah menyentuhmu
Setiap menatap matamu terasa menusuk ke jantung hati ku
Engkau cintaku, cinta terpendamku
Engkau rinduku, rindu tak bertuanku.

Rindu

Akan ke manakah angin melayang
Tatkala turun senja nan muram
Pada siapa lagu kuangankan
Kelam dalam kabut rindu tertahan
Datanglah engkau berbaring di sisiku
Turun dan berbisik tepat di sampingku
Belenggulah seluruh tubuh dan sukmaku
Kuingin menjerit dalam pelukanmu
Akan kemanakah berarak awan
Bagi siapa mata kupejamkan
Pecah bulan dalam ombak lautan
Dahan-dahan di hati berguguran

Untuk Ku

Lidah membuat kita terluka
Hingga…
Ego membuat kita terpisah
Aku pergi ke heningan malam
Engkau pergi ke ujung jalan
Tanpa menoleh lagi kebelakang
Di tepi pasir putih ini
Aku kembali merenungimu
Mengapa pengorbanan untuk cinta kita
Tak di anggap ada
Aku kembali kesini
Tempat di saat kita berpisah
Karena rinduku padamu
Berharap kau berfikiran sama
Kembalilah untukku dari ujung jalan sana

Senja Yang Indah

Saat matahari mulai terbenam
Aku melihatmu tersenyum di sampingku
Aku tak berkedip menatap matamu
Bagiku, matamu begitu sempurna
Hari itu
Aku merasakan denyut nadimu
Detakan keras jantungmu
Harum nafasmu
Juga hangat cintamu
Kini tentangmu kujadikan crita sebelum tertidur
Ku jadikan bayang kerinduan sebelum terlelap
Dan Ku jadikan Pelabuhan di alam mimpi
Jiwa ini, Hati ini, Hidup ini begitu merindukanmu
Engkau adalah kisah terindahku

Yang Terjadi

Apa yang akan terjadi pada Diri
Sudah tertulis di Kabut Gunung Giri
Walau seperti menguap di Tengah Hari
Itu masih nyata tertera di Cosmic Memory
Tapi aku harus terus Menyanyikan Lagu
Itulah hiburan melepas Rindu Kalbuku
Rindu kepada yang pernah menemaniku semasa waktu
Kepada Dia yang membuatku terlena
Aku tak mampu
Membuat jadi lebih baik seseorang
Biar kubaca Puisi hanya untuk Batu Karang
Kerana Rinduku kepadaNya, Dulu dan Sekarang




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Tentang Kerinduan



Demi malam ketika rasa sepi memagut resah bintang pada bulan
Biarkan lelaki ini terus memanggil manggil di kejauhan langit
Menatap kosong penuh peluh dengan hembus nafas tersesak
Dan menggigil dingin tersapu angin bersahutan dalam rinai hujan

Baru beberapa saat rasanya senja berarak tak kian berpamitan
Fajar tak juga membawa embun pada belaian pagi
Dan baru saja kemaren dekapan terasa hangat
Menyentuh pucuk – pucuk asmara
Merengkuhku dalam genggaman cintamu

Semakin hari pun sendu mengikis waktu di perasingan langkah
Merantai tangan dengan duri keindahan mawar yang tak terjamah
Lalu memenjarakan jiwa dalam gelora kerinduan yang bersenandung

Aku lelah mencumbui kerinduan ini, sayang…
Seringnya aku lewatkan lelap mengurai benang harap
Agar engkau lekas kembali saat aku terjaga

Ingin aku gulir waktu
Agar segera aku mengusap wajahmu; membelaimu
Membiarkanmu bersandar di dadaku
Mengurai resah dan gelisah oleh kusamnya waktu
Berbagi kasih dan cinta yang membelah jiwa kita
Merasai desah nafas dan detak jantungmu

Lalu aku bisikan perlahan di telingamu
Keindahan teratai yang tumbuh di tengah danau jiwa kita
Juga bahagia hari esok yang ingin kita lewati
Tentang cita-cita dan impian
Tentang besarnya cintaku untukmu
kasih, betapa aku tak bisa jauh darimu…



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Luahan Hati Wanita


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Tanda-Tanda Cinta Berakhir


Dalam hubungan sesebuah cinta pasti ada pasang surutnya. Namun sekiranya anda berasakan hubungan sudah ‘KRITIKAL, cuba lihat tanda-tandanya, supaya anda tahu apakah hubungan itu masih mampu diteruskan ataupun tidak.

1. Bila nombor telefon rumah atau handphone si Dia berubah. Sudahlah begitu, kamu tidak diberitahu sama sekali. Di nombor lama, kamu cuma mendengar voice mail yang mengatakan bahawa nombornya sudah berubah.

2. Dia tidak lagi mencari kamu. Kalau dulu setiapkali ada waktu terluang, ia selalu mencari-cari waktu berduaan dengan kamu, sekarang si dia lebih suka menghabiskan waktu terluangnya dengan orang lain atau teman-temannya.

3. Dia pindah rumah … tanpa memberitahu kamu. Alasannya, ‘lupa’. Hmmm, ini kamu harus tanya, “Lupa atau buat lupa ?” Ini tanda yang cukup berat, bererti si dia tak mahu berurusan lagi dengan kamu.

4. Bersikap Tidak Peduli Lagi. Tiba-tiba saja si dia tak peduli lagi, kalau kamu merajuk serta tak menaruh perhatian terhadap apa yang kamu (tidak) sukai, dan apa pun yang kamu lakukan. Pendeknya, kalau kamu mahu berontak pun, dia tetap tak peduli.

5. Foto kamu hilang. Foto kamu yang selalunya berada didompet, di meja belajar/kerja, atau dikamarnya sudah tiada lagi Ah, kalau begini, foto kamu tidak bererti apa-apa lagi, selain nostalgia di dalam laci atau di kotak kasut.

6. Dia lebih senang keluar bersama teman-temannya. Ciri-ciri ini sudah sangat jelas , mana ada kekasih yang lebih suka menghabiskan waktu dengan teman-temannya sendiri berbanding dengan buah hatinya? Sedarlah, kamu bukan lagi Nombor Satu dalam hidupnya.

7. Dia ‘lupa’ hari jadi kamu. Dia tidak lagi ambil berat tentang hari-hari istimewamu. Malah hari jadi kamu yang dulunya disambut dengan penuh istimewa tidak lagi dia ingat. Itu tandanya dia sudah jemu atau bosan dengan kamu.

8. Dia banyak mendiamkan diri. Si Dia yang periang dan lucu tiba-tiba menjadi pendiam dan membosankan ketika bersama kamu. Malah dia lebih suka menyendiri dan jarang berkomunikasi dengan kamu walau melalui telefon. Kamu yang penat menelefon dia tetapi dia tidak pernah mahu menelefon kamu lagi.

9. Dia sudah punya kekasih baru. Mahu ditunggu apa lagi? Adakah kamu mahu dimadu? Lupakan saja dia dan carilah orang lain yang lebih menghargai kamu dan mencintai kamu.

10. Dia berterus-terang mengatakan segalanya sudah berakhir. Kalau hubungan ini secara jelas disebut SUDAH BERAKHIR oleh kekasih kamu, ertinya memang sudah berakhir. Si Dia terang-terangan menunjukkan minatnya terhadap kamu sudah tidak bererti apa-apa. Lebih baik BERUNDUR dari terus merayu agar hubungan itu diteruskan.

11. Si dia selalu berkasar jika bercakap dengan anda - percakapan yng selalu menyebabkan pergaduhan atau percakapan yng menyindir peribadi kita sedangkan sebelum nie percakapanya bagai lembut gigi dari lidah....



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Jika Ia Sebuah Cinta


Jika ia sebuah cinta ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta... ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta... ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

Cinta sejati menerima apa adanya, mendengar apa yangg tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan… Dimana dia datang dari lubuk hati yang paling dalam…


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Harga Sebuah Cinta


Oh indahnya cinta,
Berkenalan dengannya pasti membuatkan seorang insan berasa dirinya agung,
Anugerah yang merupakan lengkapan azali untuk sebuah kehidupan.
Dengan cinta, kita belajar mengenal perasaan, kita belajar mendidik jiwa, kita belajar menahan sabar.

Cinta juga membawa manusia kepada sebuah kemuncak keindahan.
Ketinggian taraf sebuah cinta tiada bandingan.
Kita berkenalan dengan cinta kerana ketentuanNya.
Kita dianugerahkan dengan nilai sebuah kasih-sayang juga kerana telah ditetapkan oleh Nya.

Bermula dengan perasaan kasih, menyemai sebuah ikatan ukhwah, dan seterusnya menguntumkan bunga-bunga cinta. Oh, alangkah indahnya.
Tapi, kadangkala cinta membuatkan kita lalai, lupa pada hakikat sebenar makna sebuah cinta.

Kita lelap dipangkuan dan belaian cinta. Kita tewas dengan alunan-alunan rentak kemungkaran. Semuanya berlaku kerana kita belum punya Cinta Yang Maha Esa.
Cinta abadi bukan letaknya pada rangkulan cinta manusia, juga bukan letaknya pada hebat cinta seorang insan.
tapi tunduknya kita pada keihklasan sebuah ikatan yang ditengah-tengahnya terletak sebuah cinta yang paling agung.

Hormatilah cinta kerana itu adalah anugerah yang paling indah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya. Muliakan cinta yang kita miliki biar menjadi sebuah hamparan indah untuk menjadi sokongan di kala melalui jalan-jalan kehidupan.
jangan jadikan diri kita hamba kepada sebuah cinta.

Jadikanlah cinta itu sahabat kepada seorang manusia yang bergelar si pencinta. Sentiasalah berdoa agar cinta yang kita miliki ini mempuyai harga yang paling tinggi nilainya di sisi Allah.
Biarkan ia bergemerlapan di waktu kegelapan. Tapi awas,walau sehebat manapun cinta manusia, percayalah bahawa cinta yang lebih agung dari cinta-cinta lain adalah apabila kita kecewa kerana cinta, kita luahkan kekecewaan kita kepada si pendengar yang setia iaitu Allah.

Dialah adalah tuan empunya segala cinta. Dia juga takan abaikan semua hamba-hambaNya.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Cintaku,,Aku Menunggu

Sekejap lagi
terang akan tenggelam
camar terbang segera pulang
namun tidak dengan apa yang aku rasakan
kerinduan ini semakin mendalam
sinar cinta tak akan padam
walau cemburu kadang singgah ditepian hati
senyum manismu
selalu mengubati
Sayang
saat aku merinduimu
adakah kau rasa getar cinta dalam kalbu
seperti yang aku rasa
kala merindu
menunggu putaran waktu
terkadang hanya mampu membisu
betapa pilu sebenarnya menyimpan rasa
menyelak masa untuk bertemu
semoga gelap malam tiada mencengkam
semoga mendung hitam berikan kesejukan
lewat lirih nyanyian hujan
melodi syahdu
tentang penantianku untuk bertemu denganmu
"..aloha au i a oe .."
ku bisikkan lewat angin lalu
untuk memberitahumu

.. Cintaku ..
Aku menunggu





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

The Reason Why I Love You



Your smile always brightens my day,
While your words just blow me away.

You make me feel like I can fly like a dove,
There's no one else I adore, no one above.

You love me when no one else is,
When it feels like my life is over, you say I LOVE YOU and it all turns to bliss.

You give me the confidence to go on...making no more sadness,
Loving me...throwing away all of the badness.

You're always there by my side,
When I fall, your arms are open wide.

Your love sets me free,
So finally you can see the real me.

Your heart lets me wish on stars,
That someday I can be wherever you are.

Late at night when I look up at the moon,
The only thing I seem to think about is you.

There's only one thing that I will never forget,
And that's the day we finally met.

When I gaze into your eyes,
I know your the one that will never tell me any lies.

I hate those nights when I'm trapped in a cell when all I can do is think about you,
But then I feel free when I know your thinking of me too.

Your stuck in my head from day till night,
In my dreams in my mind pictures of us hugging tight.

I thank God for those days I get to see your smile,
Cause I only get to see them once in a while.

You're all that I want, all that I need,
Just tell me you like me too and my heart wont bleed. 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Cinta Kadang Tak Memiliki



Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya

Bagaimana hari anda berlalu hari-hari tanpa cinta? hidup ini tidak dapat lari dari cinta…indahnya cinta itu bila melihat orang yang kita sayangi bahagia walau bukan dengan kita.. Kerana cinta itu bukan mempunyai kekuatan untuk melangkah jauh melihat kebahagiaan si dia..
Namun di mana hendak kamu mencari satu kekuatan untuk membenarkan rasa yang tersimpan menjadi kenyataan.. Sejauh mana lagi hendak kamu sembunyikan selaut kasih itu sedangkan hari harimu meronta satu sudut dunia yang dirimu amat menyayang akan dirinya..

Kamu merasakan seolah kamu bahagia begini, hanya memandang dalam jauh.. Melihat dalam dalam di matanya menyembunyikan getaran yang tersimpan.. Jika takut berkata cinta, simpan saja hingga hilang akan dia.. Sesalan tiada gunanya jika hanya menunggu saat kehadirannya..

Memang menyakitkan hati pabila kita jatuh cinta pada seseorang itu dan cinta kita tidak diterima, di tolak hingga luka yang pedih terasa di lubuk hati.. Tetapi amat menyakitkan hati dan terus di dalam sesalan jika cinta akan seseorang namun tiada kekuatan diri menyatakan.. Kuatkan azam membentuk satu kisah antara kamu dan dia..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Kadang kala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang tetapi hati kita selalu berkata kata aku takut untuk meluahkannya.. Dan kerana rindu itu tiada bertepi.. Takut akan merubah segalanya yang indah.. Amat kita takut menghadapi igauan sedangkan kita sendiri dalam samar.. Mungkin nasib diri bertuah selangit cerah.. Dan mungkin saja diri amat malang, sedalam laut hitam..

Tiada manusia yang rugi pada sesuatu yang tidak pasti.. Dia mungkin bukan jodoh kita, kita bukan matahari buatnya.. Malam indah kita bukan untuknya dakap erat dan ucap salam sejahtera serta cinta.. Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan teman di kala bersendiri.

Dan ingin saja kita mahu keseorangan dan bersendirian dalam mengejar mimpi indah.. Namun hakikatnya kita dalam sepi menanggisi kesunyian seolah tiada langsung manusia yang bersimpati.. Dan kita terus hanyut di dalam arus yang diam.. Mencari satu wajah yang akan memiliki sekeping hati ini..

Kadang orang berkata, adakah kita tiada rasa atau perasaan.. Seolah memandang hina akan diri kita.. Dalam menjejak mimpi yang dulu hilang.. Dan sebenarnya orang itu tidak tahu.. Kita masih ada harga diri yang tinggi.. Menanti nilai cinta suci dan bukan hanya semudah menerima sesiapa saja..



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Jangan Tangisi Jika Cinta Itu Tidak Lagi Bermaya


 Cinta kadang tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta 

Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita..

Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..

Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Memmbuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya…

Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta..

Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?

Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..

Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan..

Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang?

Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..

Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..

Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..

Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?

Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..
Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2014-2015.All Right Reserved by Honey Azie