Seandainya Kita Sehati Sejiwa: May 2011
Blogger Backgrounds

♥Follow Honey Azie♥

Perempuan & Isi Hatinya

 1.Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. percayalah..tiap lelaki perlukan wanita.



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Rahsia Disebalik Pergerakan Seorang Lelaki

Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.
Mengganggukkan kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.

Memandang mata
Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

Sensitif pada jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan...



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Bila Lelaki Benar-benar Jatuh Cinta???

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta
sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:
1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa...
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap...
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya...
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2...
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya...
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga...
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya...
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya...
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain...
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja...
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya...
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu
lama...
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya...
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri...
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya...
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting
dengannya...
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar...
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain...
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya...
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya...
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri...
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya...
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang
perempuan...




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

10 ciri-ciri lelaki yang sedang jatuh cinta dengan kamu...

Cinta sudah menjadi fitrah manusia, yang lahir sejak azali. Dimana ada manusia, di situlah ada cinta. Cinta ada di mana-mana. Tidak kira lah samada cinta di kalangan keluarga, teman-teman, mahupun cinta kepada pasangan masing-masing.
Kebanyakan pasangan yang bercinta pastinya bermula dari perkenalan sesama sendiri bukan? Bak kata pepatah.. “Tak kenal maka tak cinta”. Sememangnya cinta itu hadir tanpa kita sedari. Tetapi kita dapat membaca samada seseorang itu sedang dilamun cinta atau tidak.
Berikut ini adalah 10 ciri-ciri lelaki yang sedang jatuh cinta dengan kamu..:

  1. Memberikan lebih perhatian.
      Si jejaka akan memberikan perhatian yang lebih terhadap kamu berbanding orang-orang lain. Biasanya, rakan-rakan kamu akan lebih terasa situasi ini daripada kamu sendiri. Misalnya, di saat kamu sedang menggigil kedinginan ketika cuaca sedang sejuk, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan jaketnya untuk kamu. Di saat kamu sedang sakit, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan bantuan atau membelikan kamu makanan.
  2. Meluangkan masa untuk kamu.
      Si jejaka yang mencintai kamu selalu ingin sentiasa berada dekat dengan kamu. Hal ini akan jelas terlihat, apatah lagi kalau dia sanggup meluangkan waktunya untuk sesuatu yang dia sebenarnya tidak suka lakukan. Padahal kamu tahu yang dia sebenarnya tidak suka membeli-belah, tapi dia tetap meluangkan waktunya untuk menemani kamu untuk berbelanja di pusat membeli-belah misalnya.
  3. Menerima kamu apa adanya.
      Lelaki yang mencintai kamu selalunya menerima kamu seadanya. Tak kisah lah kamu gemuk ke, berbau ke, ataupun tidak cantik di mata orang ke, dia masih menerima kamu dan tidak menyuarakan apa-apa tantang kamu untuk merubahnya. Bagi dia, itulah keunikan kamu.
  4. Lebih romantis terhadap kamu.
      Orang yang sedang jatuh cinta sama kamu, dia pasti akan lebih romantis bersama kamu. Contohnya, dia mungkin akan mengirimkan sms seperti “Selamat pagi”, “Selamat malam”, “Selamat tidur”.
  5. Ingin mengetahui segalanya tentang kamu setiap saat.
      Si lelaki ini selalu saja ingin mengetahui kegiatan kamu seharian. “Macam mana hari ni kat kolej?” atau mungkin “Ada aktiviti apa nanti?” Semuanya itu adalah hal-hal yang dia ingin tahu tentang kamu, kegiatan kamu sepanjang hari, mahupun untuk aktiviti yang akan kamu lakukan.
  6. Selalu mengingati hal-hal kecil tentang kamu.
      Lelaki yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya kepada dia. Tapi dia akan ingat akan hal-hal kecil yang kamu katakan mahupun lakukan.
  7. Selalu menganggap kamu adalah satu-satunya wanita yang hanya untuknya.
      Lelaki tidak akan mendekati perempuan lain jikalau dia sedang jatuh cinta terhadap kamu. Lelaki yang melirik perempuan lain tidak mungkin sedang jatuh cinta, lelaki itu sebenarnya keliru. Setiap kali dia ingin keluar makan, dia selalu menelefon kamu, mengajak kamu. SMS dari kamu selalu dia akan simpan dan akan memadam sebarang SMS dari orang lain jika inbox dia sudah penuh.
  8. Tidak akan mudah menjanjikan sesuatu kepada kamu.
      Lelaki yang mencintai kamu tidak akan mudah untuk membuat janji. Dia akan lebih hati-hati untuk menyiapkan semuanya untuk kamu. Jika dia tidak yakin akan sesuatu, dia tidak akan begitu mudah untuk menjanjikannya. Bukan kerana dia adalah lelaki yang tidak boleh dipercayai, tapi dia ingin kamu mempercayainya. Dia sedang berhati-hati supaya tidak mengecewakan kamu.
  9. Tidak akan mahu menyusahkan kamu.
      Kamu sedang memerlukan sesuatu, dia akan selalu menawarkan bantuan untuk kamu tanpa kamu minta. Dan jika kamu sedang di dalam kesusahan, dia akan mencari jalan untuk meringankan beban kamu. Dia akan menyuruh kamu supaya tidak merisaukan apapun kerana dia telah memikirkan penyelesaiannya untuk kamu.
  10. Tidak punya alasan untuk mencintaimu
      “Kenapa kamu sayang aku?” Lelaki yang mencintaimu tidak akan begitu mudah menjawab persoalan mengapa dia mencintai kamu. Cinta itu bagaikan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata tetapi hanya dapat dirasakan. Kalau dia mengatakan “Kerana kamu cantik!” Wah, senangnya.. Jangan percaya kalau dia mengatakan hal-hal yang remeh sebegitu. Berhati-hatilah..




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

12 Alasan lelaki tamatkan Zaman Bujang

Antara 12 alasan golongan lelaki bersedia mengakhiri zaman bujang:

Pelengkap hidup
Lelaki merasakan bahawa setiap fasa hidup yang mereka tempuhi sudah menghampiri ke tahap yang sempurna. Mempunyai pekerjaan yang tetap, kewangan yang mencukupi dan memiliki pasangan yang serasi, membuatkan mereka memikirkan masa depan yang lebih bahagia dengan sebuah ikatan perkahwinan..


Hidup lebih terurus
Mungkin selama ini dia kurang mendapat perhatian daripada orang tuanya. Semua perkara yang diperlukan, dinikmati seorang diri. Sehingga dia memerlukan seseorang yang mampu membuatkan dirinya berasa nyaman dan dapat memenuhi setiap keperluan hariannya..


Kewangan yang mantap
Dia telah mempunyai sumber kewangan yang tetap yang dianggap sebagai modal untuk mengharungi alam rumah tangga bersama pasangan yang dicintai..


Bosan hidup membujang
Bagi lelaki yang sudah puas mengharungi pahit dan manis selama hidup membujang, pernikahan adalah solusi terakhir yang dianggap tepat untuk mereka keluar dari situasi kebosanan..
Walaupun kenikmatan hidup membujang membuatkan dia berasa dirinya aman dan tiada kongkongan hidup, tetapi lama-kelamaan, dia akan merasakan hidupnya kosong tanpa wanita di sisi..


Terlalu menyintai
Saat merasa cintanya terlalu mendalam terhadap pasangannya, hatinya menjadi semakin egois untuk memiliki kamu, kekasih paling disayangi.
Untuk memastikan pasangannya tidak berpaling tadah terhadap lelaki lain, jalan terbaik yang harus ditempuhi adalah dengan memutuskan alasan untuk menikah. Dalam hati kecilnya, pasti menyedari bahawa hidup tanpa si dia seperti tinggal di dalam dunia yang tidak penghuni..


Sudah bersedia
Dari segi mental dan fizikalnya, dia merasakan sudah bersiap sedia untuk melanjutkan hubungan ke alam pernikahan. Bagi lelaki, mereka memerlukan masa untuk membuat persiapan mental sebelum memasuki ke gerbang perkahwinan.

Ingin punyai keturunan.Seperti juga kaum wanita, sebahagian besar lelaki menginginkan keturunan yang boleh dibanggakan..


Cepatkan hubungan intim
Hubungan cinta yang dijalinkan sejak sekian lama begitu menguji kesetiaan dan pemikiran pasangan bercinta. Bagi mereka, bertengkar dan cemburu sememangnya menjadi fitrah dalam kehidupan seharian. Disebabkan itu juga, mereka memutuskan untuk bernikah selain dapat mengukuhkan hubungan intim..


Secocok
Mereka merasakan kamu dan dirinya seperti kepingan puzzle yang saling melengkapi. Mempunyai minat dan hobi yang sama, tahu akan karakter masing-masing dan pandai menyingkap setiap persoalan di antara kamu berdua. Baginya, tiada orang lain yang dapat memahami dirinya selain kamu, kekasih sejati..


Desakan orang tua
Sekadar memenuhi tuntutan orang tua, membuatkan seorang lelaki mengajak pasangannya berkahwin. Hal ini antara lain adalah kerana orang tuanya sudah uzur dan tidak sabar melihat anaknya hidup bahagia di samping cucu-cucu mereka atau melihat anaknya sudah secocok dengan pasangannya..


Desakan kekasih
Lelaki akan berasa tercabar sekiranya mereka dipaksa melakukan sesuatu perkara yang dianggap belum bersedia..
Tetapi, ada juga lelaki yang dipaksa dan akhirnya dia menerima dengan sebulat hati, tanpa ada sebarang alasan..






♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama. Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan. Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran



Aquarius- Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu. Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda..

Aries -Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya..

Taurus -Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya..

Gemini- Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain..

Cancer -Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini..

 Leo -Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya..

Virgo -Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu..

Libra -Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka..

Scorpio -Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya..

Sagitarius-Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu..

Capricorn -Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja..







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Cara luah rasa cinta

MANUSIA yang mempunyai perasaan pasti pernah jatuh hati. Ia boleh membuatkan seseorang itu gila bayang, takut dimalukan, malah bimbang ditolak terutama jika si dia sudah berpunya.Bagi yang tidak pernah bercinta, pengalaman jatuh cinta ini mungkin sesuatu yang aneh.
Mengungkapkan isi hati pada si dia memang berat apatah lagi jika kita pemalu atau tiada pengalaman.
Petua berikut mungkin membantu mengungkap isi hati:


Rancang dengan matang
Kita perlu strategi dan latihan dalam segala aspek apabila mahu mengatakan cinta pada si dia..
Untuk mengungkapkan cinta tidak boleh sebarangan sebaliknya, lihat tempat dan waktu yang sesuai. Jangan seberbuat demikian ketika dia ada tetamu..


Kenali si dia dengan baik
Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu..


Ungkapkan cinta dengan sesuatu
Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya.
Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta..


Cari waktu dan tempat romantis
Waktu paling tepat untuk mengatakan cinta ialah ketika saat terluang atau hari bersantai. Pilih tempat yang romantis..


Ungkapkan cinta secara langsung
Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.

Jika berani, ungkapkan cinta di depan umum
Ini hanya berlaku untuk mereka yang bermuka tebal atau muka tembok saja..


Siapkan mental
Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta..


Doa sebelum mengungkapkan cinta
Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh.
Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda..




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

8 Alasan Tolak cinta Bestfriend

Dari kecil kamu berkawan dengan nya. malah keakraban seperti seorang yang bersaudara. Namun kini tiba-tiba dia meluahkan perasaan cintanya terhadapmu. Kamu pasti berasa serba salah untuk memberikan jawapan. Mahu terus mengatakan tidak sudi, bimbang menyakiti hatinya namun untuk menerimanya tidak pernah ada rasa cinta dihatimu terhadapnya. Berikut 8 alasan yang boleh kamu gunakan untuk menolak cinta sahabatmu itu...

1. Tidak sesuai bercinta

Didalam apa sahaja perkara, beterus terang adalah satu cara penyelesaian terbaik. jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, kamu perlu berterus terang kepadanya bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya. kamu hanya menganggap dia adalah sahabat karib kamu dunia dan akhirat. Untuk menolak kena ada caranya, jangan sehingga dia rasa terhina kamu menolak cintanya. sampai dengan cara baik serta ayat yang tersusun rapi agar dia faham maksud kamu sebenarnnya..


2. Tidak mampu menghormatinya sebagai kekasih

Kamu juga boleh terangkan padanya sebab utama kamu tidak mungkin dapat bersamanya. Antara alasan yang boleh kamu gunakan ialah menyatakan kepada sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mengikut kehendak, arahan dan permintaannya. Malah menghormatinya sebagai kekasih juga pastinya sukar buat diri kamu. Ini kerana persahabatan yang telah lama terjalin membuatkan antara kamu dan dia tidak jurang ketika berbual serta bergurau. jadi daripada bergaduh di kemudian hari, lebih baik kamu dan dia kekal sebagai sahabat. kampu perlu yakinkannya kamu sememangnya tidak sesuai untuknya..


3. Tidak mampu berubah

Mungkin dia telah begitu mengenali kamu dan amat memahami sikap-sikap kamu. jadi kamu tudak perlu lagi berpura-pura berlakon untuk menjaga hatinya. Tunjukkan sahaja sikap sebenar kamu. Katakan padanya kamu tidak mungkin boleh berubah walaupun setelah bergelar kekasihnya, sanggupkah dia menerima kamu seperti diri kamu sekarang? kalau dia sanggup bagaimana pula dengan keluarganya. pastinya dia akan terfikir kamu tidak sesuai untuk dijadikan kekasih. dia pastinya akan memilih seorang yang bersopan santun dan tahu menghormatinya sebagai kekasih..


4. Buat tidak peduli

Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerena ketika bersahabat pun kamu tidak peduli dengan kehadirannya dalam hidup kamu. teruskan sikap tidak pedulu kamu tersebut. Berkawan seperti biasa anggap saha dia tidak pernah meluahkan apa-apa perasaan pada kamu. Andainya dia cuba untuk mendapatkan jawapan dari kamu sebaiknya kamu cuma mengelakkan daripada membincangkannya. cubalah ubah topik perbualan. lama-kelamaan secara tidak langsung pasti dia akn memahami jawapan yang ingin kamu sampaikan padanya..


5. Menyepikan diri seketika

Cuba mengelakkan diri kamu daripa bertembung dengannya di tempat kerja, di sekolah atau tempat kamu dan rakan kamu berkumpul. pastinya dia akan perasan bahawa kamu tidak berminat untuk berkawan dengannya lagi. Jika dia tetap mendesak kamu dan sanggup mengekori ke mana-mana sahaja kamu pergi, terangkan saha padanya kamu perlu bersendirian untuk seketika. lama kelamaan si dia akan bisa menanti jawapan dari mu..


6. Pentingkan persahabatan

Jelaskan padanya kamu lebih sayangkan ikatan persahabatan kamu daripada menjadi kekasihnya kerana hubungan kekasih pastinya memerlukan komitmen dan kesetiaan. Sedangkan sebagai sahabat, kamu boleh berkongsi apa sahaja dan tidak perlu ada komitmen yang tinggi dalam hubungan. Jika dia seorang yang rasional, pastinya dia akan memahami maksud yang mahu kamu sampaikan..


7. Beritahu kamu sudah ada calon lain

Nyatakan kepadanya bahawa kamu sudah mempunyaiu calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan dirimu. tetapi kamu haris berani menanggung risiko bakal kehilangan sahabat jika dia tidak dapat menerima perjelasan kamu. jika dia sahabat baik kamu, pasti dia akan turut sama mendoakan kebahagiaan kamu. Bukan berdendam semata-mata kamu menolak cintanya..


8. Tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya

Sesekali bertegas dengan sahabat baik kamu pasti akan membawa kebaikan. berani menegakkan perndirian adalah satu sifat yang terpuji. sekurang-kurangnya kemu tidak menipu dia atau diri kamu sendiri. ikut kata hati dan jangan termakan pujuk rayu si dia. katakan padanya kamu tidak akan sama sekali menganggapnya lebih dari seorang sahabat kerana kamu tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya.





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

10 Perkataan Lazim Kaum Hawa

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh..


LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang..


TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’..


PERGILAH!
(dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk..


MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’..


MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas..


OKEY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.

‘OKAY LAH’
bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening Yang Terangkat’.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.


TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’..


TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.


TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’..






♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2014-2015.All Right Reserved by Honey Azie