Seandainya Kita Sehati Sejiwa: 5 Perkara Utama Yang Tidak Menarik Perhatian Lelaki
Blogger Backgrounds

♥Follow Honey Azie♥

5 Perkara Utama Yang Tidak Menarik Perhatian Lelaki


5 Perkara Utama Yang Tidak Menarik Perhatian Lelaki
Ada sesetengah perkara sebenarnya langsung tidak menarik perhatian lelaki. Mungkin ada wanita  yang sedar atau tidak mengenai perkara ini. Antara perkara utama yang tidak menarik perhatian lelaki adalah..

Wanita yang terdesak- Lelaki sebenarnya tidak tertarik terhadap wanita yang kelihatan terdesak dalam mencari pasangan. Ini hanya akan meningkatkan lagi ego mereka sahaja. Tidak salah untuk seseorang wanita berusaha memulakan dahulu perhubungan tetapi pastikan bahawa anda tidak kelihatan didalam keadaan yang terdesak.

Wanita yang tidak berhenti bercakap- Sekiranya anda sememangnya seorang yang suka bercerita, tiada masalah untuk meluahkan apa yang telah anda lalui terhadap pasangan. Tetapi pastikan anda bercerita pada masa dan situasi yang bersesuaian. Sekiranya tidak, ia hanya akan merungsingkan lelaki sahaja.

Tidak pandai menjaga kebersihan- Seorang wanita mungkin boleh menerima lelaki yang tidak pandai menjaga kebersihan, tetapi malangnya ia tidak untuk lelaki. Ini kerana soal kebersihan atau kecantikan lebih sinonim terhadap wanita.

Postur tubuh yang bongkok- Tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki menggemari wanita yang memakai kasut bertumit tinggi. Apakah yang menyebabkan mereka menggemarinya? Ini kerana apabila wanita memakai kasut tumit tinggi akan menyebabkan postur tubuh mereka lebih menarik dan mengelakkan daripada membongkok.

Wanita yang mudah dipikat- Lelaki tidak suka wanita yang mereka rasakan mudah untuk dipikat. Ini kerana mereka lebih menggemari cabaran. Walaubagaimana suka perasaan anda terhadap seseorang lelaki itu, jangan sesekali menunjukkan bahawa anda mudah untuk dipikat.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

3 comments:

Umie Naziera said...

wanita yunk mudh dipikat pown lelaki xsukew ek?kan senang jer nk pikat,hahah

Honey Syazie said...

@umie naziera
ntah,,huhu

Honey Syazie said...

@umie naziera
maybe ade jer kot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2014-2015.All Right Reserved by Honey Azie