Seandainya Kita Sehati Sejiwa: 20 SEBAB KENAPA LELAKI TAK NAK KAHWIN
Blogger Backgrounds

♥Follow Honey Azie♥

20 SEBAB KENAPA LELAKI TAK NAK KAHWIN



Bukan tak kahwin tapi ada sebab-sebab yang menyebabkan lelaki tak nak kahwin. Jom kita baca apakah 20 Sebab Kenapa Lelaki Tak Nak Kahwin yang bermain di minda lelaki..

1.”Duit lum cukup lagi”.
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. “Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”.
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .
3. ” Susah la nak cari yang berkenan dihati”.
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4.”Tak datang seru lagi kot”.
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.
5.”Banyak sangat halangan”.
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6.”Belum bersedia la”.
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.
7. “Ilmu tak cukup la”.
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8.”Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2x5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri”
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.
9.”Dah mencubalah tapi telah dikecewakan”.
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.
11.”Jodoh tak sampai lagi kot”.
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12.”Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat” . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!
13. “Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka”.
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la”.
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!
15.”Dia nie suka pasang ramai org sangat”.
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. “Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak”.
Pompuan memang camtu..
17. “Nak carik yang solehah lah”.
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. “Masalah la”.
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.
19. “Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la”.
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. “Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya”
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia. hehe..betul ke??


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

5 comments:

RIA said...

haha.. ni semua alasan je. nak seribu daya. taknak seribu dalih :)

umUMRA said...

huhu..kalau mcm ni lmbt la kawen gamaknye

Honey Syazie said...

@umUMRA
jgn cepat putus asa...tros berusaha k

Honey Syazie said...

@RIA
haa...betol

azlee parman said...

Saya suka berkongsi pendapat dalam bab ini. Kesukaran mendapat jodoh bukan kerana paras rupa, sikap, perangai dsb. Percayakah kalau saya katakana bahawa 'berat jodoh' juga ada kalanya berkaitan dengan gangguan syaitan, jin, saka atau sihir pemisah? Pengalaman keluarga kami terhadap masaalah ini cukup mengujakan satu masa dahulu. Hingga akhirnya kami bertemu seorang ustaz di kampong belahan tampok, rengit, batu pahat ( ustaz adi wijaya bin iskandar) sebagai usaha ikhtiar . saya suka mencadangkan pertemuan dengan beliau sebagai jalan usaha ikhtiar. Muda2han kita tidak tertipu dengan pelbagai kerenah perubatan yang kadangkala palsu dan mengaku2 demi kepentingan material semata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2014-2015.All Right Reserved by Honey Azie