Seandainya Kita Sehati Sejiwa: Ciri Suami Dambaan Isteri
Blogger Backgrounds

♥Follow Honey Azie♥

Ciri Suami Dambaan Isteri






Berikut ciri-ciri suami yang menjadi dambaan para isteri. Memang sekilas kelihatan sempurna, namun anda lelaki pasti boleh melakukannya tahap demi tahap :


1. Setia Mendengar
Ada telinga tapi tak mendengar, kadang-kadang untuk mendengarkan itu susah. Tetapi seorang isteri akan lebih suka jika memiliki suami yang mahu mendengar cerita atau keluhannya. Bagi suami kadang-kadang untuk mendengarkan perkataan isteri sering dianggap tidak penting tetapi yang diinginkan oleh  isteri hanyalah perkataan dia didengari dan difahami sahaja.

2. Menghargai
Semua manusia tentu ingin dihargai, termasuk juga isteri. Seorang suami yang selalu menghargai isteri baik dalam sikap mahupun perkataan tentu akan selalu dirindukan oleh seorang isteri. Penghargaan yang diharapkan oleh isteri bukanlah mahal atau besar, bermula  dengan perbuatan-perbuatan kecil atau ringkas seperti memberikan pujian jika  isteri memasak atau memberi ciuman selamat pagi.

3. Tidak Suka Menyalahkan
Seorang isteri juga manusia yang tak luput dari kesalahan, ketika isteri berbuat kesalahan,  suami sebaiknya menegur dengan sikap yang berhemah, tidak dengan kasar atau menyalahkan dengan emosi yang berlebihan. Daripada marah-marah kepada isteri, sebaiknya bertanyakan/meminta penjelasan dari  isteri kenapa berbuat itu dan memberi nasihat agar tidak berulang lagi.

4. Menerima pendapat isteri
Suami sebagai ketua keluarga, sebaik-baiknya tidak bersikap ego, tetapi sebaliknya suami dapat mendengar dan menerima pendapat dari isteri jika pendapat itu memang merupakan keputusan yang terbaik. Suami isteri perlu memutuskan suatu keputusan secara bersama-sama, tidak sepihak dan isteri harus memahami apa-apa keputusan yang diputuskan oleh suami.

5. Sayang diri sendiri
Kalau suami menyayangi isteri dan keluarga, tentu isteri juga ingin agar suami juga menyayangi diri sendiri. Seperti menjaga kesihatan, Cara pemakanan, tidur yang cukup, dan tidak merokok.

6. Pulang dengan senyuman
Tekanan di tempat kerja tidak membuat  suami membawa perasaan itu didalam rumah, kerja yang membuat stress atau meletihkan tetapi ketika sampai di rumah semuanya dihiasi dengan senyuman, sehingga isteri tidak menjadi sedih atau salah sangka. Jika ada masalah di tempat kerja, suami boleh berkongsi cerita kepada isteri dan isteri pun boleh menjadi motivasi atau memberi sokongan kepada suami yang sedang menghadapi masalah.

7. Romantis
Isteri mana yang tidak bahagia memiliki suami yang penuh kasih sayang , perhatian dan romatis. Memang agak susah mengharapkan suami menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada isteri setiap hari. Tetapi suami boleh melakukannya pada waktu tertentu, contohnya ulangtahun pernikahan, atau hari ulang tahun isteri. Sesekali suami mengajak isteri untuk keluar berduaan .

8. Membantu urusan rumah tangga dan anak
Inilah suami idaman yang dinantikan oleh para isteri, iaitu suami yang mahu membantu dan melakukan kerja rumah tangga. Dicelah kesibukan mencari nafkah, suami masih ‘sempat’ meluangkan waktu untuk membantu isteri dan anak.

9. Sentiasa menambah ilmu rumah tangga
Biasanya  isteri yang mencari informasi berkenaan dengan rumah tangga, tetapi alangkah baiknya kalau  suami juga mencari informasi dan ilmu mengenai rumah tangga.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

1 comments:

AisNy said...

Thanks for sharing...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2014-2015.All Right Reserved by Honey Azie