Dalam kehidupan
seharian, kita tidak boleh lari dari perasaan cinta. Allah telah mencipta dua
kaum di bumi ini untuk saling sayang menyayangi dan saling melengkapi. Berikut
adalah ciri dia manja terhadap anda!
1. Melalui bertentang
mata
Jika suami anda merenung tepat ke arah mata anda, ini menunjukkan
suami minat terhadap anda. Jadi si isteri jangan pula mengalihkan pandangan
pula,teruslah membuat jelingan mata yang menawan terhadap suami anda!
2. Jika marah
Jika si isteri sedang marah dan tiba-tiba si suami memujuk dan
memeluk erat mesra isterinya, ini petanda bahawa si suami sangat menyayangi
isterinya. Jadi, banyakkan berbuat begini ye. Jikalau si isteri sedang
marah(api), suami patut menyejukkannya dengan belaian mesra!
3. Dia tunjuk minat
kepada perkara yang anda suka
Misalnya jika dia tahu anda suka tengok cerita yang romantik, dia
akan berikan pendapat cerita-cerita romantik yang dapat dilihat bersama. Memang
romantis suami begini!
4. Suka mengusik dan
berjenaka
Suami kerap mengusik anda. Jangan risau kerana ianya ingin menarik
perhatian anda untuk disayangi dan dimanjai.
5. Bercakap lembut
Kalau seorang suami ini minat akan anda, dia akan bercakap dengan
lebih lembut dan mesra dengan anda. Yang pasti ini sikapnya yang sangat
romantis. Jika anda si isteri, apalagi masa inilah untuk bermanja dengannya..
…… TAMAT ……
Berbahagialah dan beruntunglah jikalau isteri mempunyai suami yang
begini. Kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri suami di atas, hargailah
dan banyakkanlah wujudkan hubungan mesra suami isteri. Insyallah.. :)
2 comments:
Thanks for sharing...
@Izni Hafiz Abdul Rashid
most welcome
Post a Comment