… Cinta kadang
tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta …
Jatuh cinta
pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam
diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan
demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita..
Jatuh cinta hanya mengambil masa yang
sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta.. Namun
masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma
mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..
Untuk jatuh cinta pada seseorang,
kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin
hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Memmbuatkan lena tidak kunjung
tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila
cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya…
Selalu kita jatuh cinta tapi kadang
hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai
perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja
yang merasakan cinta..
Sungguh perit dan pedih bila cinta
hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau
mungkin sayang atau suka.. Atau
juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?
Dan ada
kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta
berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa
sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..
Dan amat pedih dan perit, terasa
ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan
terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan..
Adakah mungkin kerana berlainan agama
atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin
masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri
orang?
Hati kadang terasa semakin jauh dalam
mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu
indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini
selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..
Hakikat kita kadang merasakan tiada
siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan
tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan
dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat
mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..
Masing masing menpunyai tafsiran
mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi
menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun
cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..
Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita
ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita
bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila
cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat
ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?
Janganlah kamu tangisi perpisahan dan
kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia..
Atas kasih
sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu
dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..
Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya
itu?
0 comments:
Post a Comment