…Cintailah
seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia
dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya,
kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya
Bagaimana hari anda berlalu hari-hari tanpa cinta?
hidup ini tidak dapat lari dari cinta…indahnya cinta itu bila melihat orang
yang kita sayangi bahagia walau bukan dengan kita.. Kerana cinta itu bukan
mempunyai kekuatan untuk melangkah jauh melihat kebahagiaan si dia..
Namun di mana
hendak kamu mencari satu kekuatan untuk membenarkan rasa yang tersimpan menjadi
kenyataan.. Sejauh mana lagi hendak kamu sembunyikan selaut kasih itu sedangkan
hari harimu meronta satu sudut dunia yang dirimu amat menyayang akan dirinya..
Kamu merasakan seolah kamu bahagia
begini, hanya memandang dalam jauh.. Melihat dalam dalam di matanya
menyembunyikan getaran yang tersimpan.. Jika takut berkata cinta, simpan saja
hingga hilang akan dia.. Sesalan tiada gunanya jika hanya menunggu saat
kehadirannya..
Memang menyakitkan hati pabila kita
jatuh cinta pada seseorang itu dan cinta kita tidak diterima, di tolak hingga
luka yang pedih terasa di lubuk hati.. Tetapi amat menyakitkan hati dan terus
di dalam sesalan jika cinta akan seseorang namun tiada kekuatan diri
menyatakan.. Kuatkan azam membentuk satu kisah antara kamu dan dia..
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa.
Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT
mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk
berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang
ditakdirkan.
Kadang kala hati kita merasakan rindu
sangat pada seseorang tetapi hati kita selalu berkata kata aku takut untuk
meluahkannya.. Dan kerana rindu itu tiada bertepi.. Takut akan merubah
segalanya yang indah.. Amat kita takut menghadapi igauan sedangkan kita sendiri
dalam samar.. Mungkin nasib diri bertuah selangit cerah.. Dan mungkin saja diri
amat malang, sedalam laut hitam..
Tiada manusia yang rugi pada sesuatu
yang tidak pasti.. Dia mungkin bukan jodoh kita, kita bukan matahari buatnya..
Malam indah kita bukan untuknya dakap erat dan ucap salam sejahtera serta
cinta.. Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan
teman di kala bersendiri.
Dan ingin saja kita mahu keseorangan
dan bersendirian dalam mengejar mimpi indah.. Namun hakikatnya kita dalam sepi
menanggisi kesunyian seolah tiada langsung manusia yang bersimpati.. Dan kita terus
hanyut di dalam arus yang diam.. Mencari satu wajah yang akan memiliki sekeping
hati ini..
Kadang orang berkata, adakah kita tiada rasa atau perasaan.. Seolah
memandang hina akan diri kita.. Dalam menjejak mimpi yang dulu hilang.. Dan
sebenarnya orang itu tidak tahu.. Kita masih ada harga diri yang tinggi..
Menanti nilai cinta suci dan bukan hanya semudah menerima sesiapa saja..
0 comments:
Post a Comment