Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan
apakah erti kesetiaan dalam sebuah
perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum
tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?
Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering
berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda
kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila
ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting,
ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada
pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita
mengambilnya sebagai kekasih.
Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat
yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan
penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan
mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak
semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain,
suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada
gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat
menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap
pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian
pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda
mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.
Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan
anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai
menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan
menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan
kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita
bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal
dan redha lah…
Lelaki atau wanita
yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya
untuk lelaki yang tidak baik…
Jika ingin mendapatkan cinta yg ikhlas maka sudah
seharusnya kita yg terlebih dahulu memberi cinta yg ikhlas. Sukailah seseorang
tanpa niat lain kecuali ingin menjadi pasangan yg halal dan mendapat RedhaNya.
Cintailah sseorang kerana agamanya. Pilihlah sseorang yg datang tanpa menabur
banyak janji. Mereka yg memiliki cinta suci adalah mereka yg takkan mnyentuhmu
sebelum dia Halal bagimu ♥
0 comments:
Post a Comment