Seandainya Kita Sehati Sejiwa: TIGA PULUH SIKAP ANEH PEREMPUAN
Blogger Backgrounds

♥Follow Honey Azie♥

TIGA PULUH SIKAP ANEH PEREMPUAN

  1. Apabila seorang gadis mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  2. Apabila gadis yang kamu cintai tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Seorang gadis sukar untuk mencari perkara-perkara yang tidak disukainya pada orang yang paling disayanginya. Oleh kerana itulah perempuan lebih mudah patah hati bila hubungan cintanya terputus di tengah jalan berbanding dengan lelaki.
  4. Sekiranya seorang gadis jatuh cinta dengan seorang lelaki, percayalah hanya lelaki itu sahaja yang sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  5. Hati seorang gadis akan mudah menjadi cair seperti coklat andai lelaki yang disukainya dan dicintainya merenung tajam ke dalam matanya!
  6. Setiap gadis memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu bagaimana untuk menerima pujian.
  7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan kasar sebab ada satu semangat dalam diri seorang gadis yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
  8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Kemudian, sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sebagai seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  9. Si gadis suka meluahkan isi hati mereka. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna.
  11. Bersikap tidak terlalu serius boleh mematikan mood gadis tersebut.
  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respons positif misalnya menghubunginya melalu telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat tetapi sebaik sahaja gagang diletakkan dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
  13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi seorang perempuan. Jadi jangan senyum sembarangan.
  14. Jika kamu menyukai seseorang perempuan, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
  15. Jika seoarang gadis memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
  16. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!
  17. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
  18. Sekiranya kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cerita.
  19. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
  20. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!
  21. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
  22. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  23. Perempuan paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata berniat untuk tackle kawan mereka yang paling cantik.
  24. Seorang gadis menganggap cinta bermaksud kesetiaan, ambill berat, jujur dan kebahagian tanpa sebarang kompromi.
  25. Semua gadis mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
  26. Senjata seorang gadis adalah air mata!
  27. Setiap  gadis pasti suka dan gembira jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan berasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
  28. Seorang gadis akan mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, pada lelaki kalau nak memikat pandai-pandailah.
  29. Sebenarnya mudah mengambil hati seorang gadis kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
  30. Perempuan setinggi manapun egonya atau setinggi manapun dia berada namun dia tetap akan tewas dengan cinta seorang lelaki.



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2014-2015.All Right Reserved by Honey Azie