hangat mentari mula menerpa
pada makhluk TUHAN penghuni alam semesta
apa khabarmu cinta?
malam tadi apakah kau lena?cintaaku memang terluka
tapi aku lebih takut kau yang terluka
bila ada lukisan cinta
indah dan nyata
aku rela menjadi kanvas mu cinta
lukislah bagaimana pun kau suka
asal kau bahagia
beribu duka pun takkan ku terasa
maafkan aku cinta
semua kulakukan kerana aku tak sempurna
aku takut kau kecewa
bicaralah cinta
kerana diammu membuat aku putus asa
apapun yang terjadi
aku ikhlas menerimanya cintaAKU IKHLAS
0 comments:
Post a Comment