Seandainya Kita Sehati Sejiwa: Kaitan Lelaki Dengan Bulan Kelahiran
Blogger Backgrounds

♥Follow Honey Azie♥

Kaitan Lelaki Dengan Bulan Kelahiran


MUHARRAM
è Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna. Walaupun begitu, jika didik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam keadaan selamat.
SAFAR
è Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahannya. Ibu bapa perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
è Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaannnya. Ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR
è Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya dan mudah mengangkat tangan. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADILAWAL
è Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukkan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga.
JAMADILAKHIR
è Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Pelbagai kepandainan ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya. Bila dia tahu dia benar, pendiriannya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibu bapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa dia akn menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB
è Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibu bapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
SYAABAN
è Perwatakannya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawannya. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka padanya. Mas dewasa ia akan berjaya dalam kerjayannya dan mudah mendapat rezeki.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2014-2015.All Right Reserved by Honey Azie