Seandainya Kita Sehati Sejiwa: Mengenal Lelaki Melalui Warna Kesukaan
Blogger Backgrounds

♥Follow Honey Azie♥

Mengenal Lelaki Melalui Warna Kesukaan


PUTIH
**Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang yang ingin mulakan kehidupan baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan profesional.
MERAH
**Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja kerjayanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan sifat agresif. Merah juga berkait rapat dengan tenaga seksual juga kemarahan.
JINGGA
**Melambangkan sifat kewanitaan. Ia bermaksud cinta, kelembutan dan juga perasaan.
OREN
**Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah lambang kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.
KUNING
**Ini adalah warna tenaga mental dan berkait rapat dengan pencarian intelektual dalam pelbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi sesetengah prang ia dianggap warna yang memaksa. Ada juga yang mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.
HIJAU
**Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Warna ini berkait rapat dengan pertumbuhan dan epmbaikan dan dianggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda hidup dan menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri. Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran. Bagaimanapun warna hijau dikaitkan dengan cemburu.
UNGU
**Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.
HITAM
**Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat ‘sofistikated’ dan boleh menyesuaikan diri.
COKLAT
**Warna ini membawa petanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih dan mempunyai prospek masa depan. Jika mahu banyak wang, ada yang menyarankan agar memakai warna coklat.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2014-2015.All Right Reserved by Honey Azie