Seandainya Kita Sehati Sejiwa: Bila Lelaki Benar-benar Jatuh Cinta???
Blogger Backgrounds

♥Follow Honey Azie♥

Bila Lelaki Benar-benar Jatuh Cinta???

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta
sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:
1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa...
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap...
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya...
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2...
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya...
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga...
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya...
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya...
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain...
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja...
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya...
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu
lama...
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya...
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri...
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya...
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting
dengannya...
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar...
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain...
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya...
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya...
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri...
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya...
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang
perempuan...




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2014-2015.All Right Reserved by Honey Azie