Seandainya Kita Sehati Sejiwa: 5 PERKARA PENTiNG DALAM BERCiNTA
Blogger Backgrounds

♥Follow Honey Azie♥

5 PERKARA PENTiNG DALAM BERCiNTA


*      Sayangilah Si Dia Dengan Hati Bukan Dengan Perasaan
~ Jika anda meletakkan suatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentaisa berubah dari semasa ke semasa. Tetapi jika anda meletakkan perhubungan itu berdasarkan hati maka dari situ akan lahirnya cinta dan saying yang kekal abadi untuk selamanya.

*      Hormati Pendiriannya
~ Jangan sesekali anda merayu dan mencipta pelbagai alasan supaya si dia menerima cintamu. Biarpun sedalam mana sekalipun cinta anda padanya namun biarkan dia yang membuat keputusan. Sekiranya mendesak apa yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati. Baik anda meraih cinta dari orang yang benar-benar menyanyangi anda dan bukan hanya anda yang benar-benar mencintainya sedangakn si dia tidak ada rasa saying dan cinta langsung terhadap anda. Sesungguhnya cinta pada yang Maha Esa harus melebihi segalanya.

*      Menerima Si Dia Seadanya
~ Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentangnya kerana sekali kamu mengubah, selamanya kamu akan mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, kenapa boleh terpikat dengan si dia. Pastinya kerana dia adalah dia. Maka taida alasan untuk anda mengubah dia menjadi seseorang yang lain.

*      Elak Bersangka Buruk
~ Langkah paling bijak ialah meletakkan diri kamu di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika kamu sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia. Namun andai ada yang menciurigakan berbincanglah secara baik dan janganlah terus menuduh. Islam menggalakkan kita berbincang dan jangan cepat berprasangka buruk. Sentiasa bercakap berlandaskan bukti yang kukuh dan elakkan membesar-besarkan hal yang kecil.

*      Hargai Pengorbannanya
~ Sesungguhnya si dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, si dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna dari anda, namun demi cinta kerana Allah, si dia telah memilih anda. Oleh itu, jangan sesekali cuba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2014-2015.All Right Reserved by Honey Azie