Seandainya Kita Sehati Sejiwa: Rahsia Mata dan Pemikiran
Blogger Backgrounds

♥Follow Honey Azie♥

Rahsia Mata dan Pemikiran



Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia..
Sekadar perkongsian...

1)    Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya dan jika tak berkedip langsung, bila ia bercakap dia sangat tajam dalam sesuatu bidang sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi jadi sanitis atau pakar dalam pelbagai bidang.

2)   Jika renungan matanya tajam seperti renungan mata harimau, orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu dan tajam juga pemikirannya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian.

3)   Mata sering berkedip seolah-olah ada habuk yang memasuki mata, orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai serta mudah kena tipu.

4)   Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak atau dalam kata lain hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem hindustan.

5)   Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki exstrem sama ada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi menjadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.

6)   Jika mata renungannya tak tajam tapi renungannya seolah-olah nampak sangat jauh, orang ini bijak dan fikirannya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak berkedip. Nak taw mata jenis ini lihat mata Dr.Fazilah Kamsah,Dr.Mahathir dan ramai orang Jepun memilikinya.

7)   Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renungannya dan tak bercahaya matanya.

8)   Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnya, jaga-jaga orang ini kaki belit sikit dan suka tipu serta tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan dibuat kawan.



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Honey Syazie ! Like Kalau Suka ! ♥

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ 2014-2015.All Right Reserved by Honey Azie