Untuk
mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu
perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali
tapi masih juga belum mempercayai.
Dalam
satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan
terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus
peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus
keyakinan kamu terhadapnya.
Tapi
mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada
faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.
Faktor 1 - Konsisten.
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi
kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta
boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana
mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘menjerat’ kamu. Siapa tahukan!
Faktor 2 - Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh
menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan
datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu.
Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu
sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti
kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan
cara kamu.
Faktor 3 - Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian
yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen
dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria
dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan
mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih
yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku
curang terhadap kamu.
Faktor 4 - Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu
juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya.
Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk
berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun
adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan
pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat
yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.
Faktor 5 - Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk
pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup
menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya.
Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat
sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha
kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin
perhubungan.
Faktor 6 - Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar
pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu
juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap
pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan
itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan
dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.
Faktor 7 - Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam,
seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak
mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan
pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran
dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu
hubungan.
Faktor 8 - Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam
hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia
bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu
juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan
rahsia ataupun tidak!
Faktor 9 - Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia.
Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa
dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani
menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu
berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.
Faktor 10 - Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana
dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah
dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan
terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan
penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab
itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.
0 comments:
Post a Comment