Janin Penuh(gaya tidur merengkok)
Anda
seorang yang sangat sensitif dan pemalu. Anda ingin yakin betul sebelum
menghabiskan tenaga kepada seseorang atau projek tertentu. Pasangan sesuai anda
ialah pemuda yang boleh memberi
ketenangan perasaan kepada anda. Kalau pemuda ini anda temui,anda sangat
bahagia.
Terlungkup(biasanya dengan tangan menekuk di bawah kepala)
Anda
orang yang sangat teratur, bertenaga, rajin bangun pagi bagi menghadapi
kehidupan. Bagi anda segala sesuatu harus dirancang dengan teliti. Anda benci
sesuatu yang mengejutkan. Kekasih yang suka bersikap jinak-jinak merpati
membuat anda sering geram. Jadi, carilah pasangan yang mahu bekerjasama dengan
cara yang anda kehendaki.
Paruh Janin (anda tidur dengan lengan dekat ke tubuh dan kaki
menekuk)
Hidup
anda terasa nyaman dan siap mencarri peluang baru. Itu kerana anda yakin mampu
menerima ramai orang. Anda seorang yang boleh berkompromi. Bagi kebanyakan
orang, anda sangat menarik kerana mempunyai sikap sensitif terhadap perasaan
orang lain. Anda lebih suka mengambil sikap terbuka berbanding menyimpan di
dalam hati.
Royal (tidur terlentang)
Anda
penuh percaya diri, yakin dan berasa selesa keran menjadi perhatian. Biasanya
gaya ini dimiliki oleh anak tertua atau terkecil dalam keluarga dn selalu
memilih perkerjaan bersikap kreatif. Dalam urusan cinta, anda perlu berasa
bebas, kalu tidak anda susah hati.
Flamingo (posisi miring dan agak terlungkup dengan satu lutut
menekuk sedang yang lain lurus)
Anda
mudah bersahabat, tetapi juga bersikap bergantung kepada orang lain. Bagi anda
hidup itu mengasyikkan kerana pengalaman. Dalam berkomunikasi, anda kurang
mahir. Anda cenderung memendam masalah sehingga masalm menimbun.
Penunggang (sebarang posisi dengan satu tangan menyentuh bahau
yang lain atau kaki menekuk hingga lutut saling bersentuhan)
Anda
ingin bereksperimen dalam hidup. Namun anda sukar menyampaikan keinginan hati.
Bahkan kadang sampai tak tersentuh. Kejayaan mudah menghampiri anda.
0 comments:
Post a Comment