Hem..apa sifat
lelaki ya? Saya pun tk pasti mcm mn sifat mereka. Jom..kita sama2 baca info
mgenai sifat lelaki di bawah ni agar kita tahu apa perkara yang lelaki tidak
suka. So, next time kita dpt mgelakkannya. Then Happy Ending. Harap2lah. Doa
je.
1) Lelaki boleh
menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
2) Jika seseorang
lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi
bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang
mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat.
Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
3) Kebanyakan
masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh
seorang wanita.
4) Lelaki boleh
menerima penolakan dengan baik.
5) Lelaki cuba
menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
6) Lelaki memang
dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka
melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di
tepi pantai atau swimming pool.
7) Kebanyakan
lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk
kali pertama!
8) Lelaki cuba
meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati
wanita.
9) Bila lelaki
cakap..'Emm..tengoklah dulu'..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau
kurang setuju.
10) Bila lelaki
cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap
jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
11) Kebanyakan
lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
12) Adalah biasa
lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
13) Lelaki tidak
boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata.
Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa
perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih
mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat
berjalan dgn lebih baik.
14) Betapa hebatnya
lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita, dia tetap hanya
ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan.
15) Bila lelaki
tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari 'maafkan saja.' Kebanyakan
lelaki tidak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
16) Bila sesuatu
hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak
menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
17) Bila seorang
perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau
lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
18) Adalah
memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
19) Kebanyakan
lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air
mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata
senjata perempuan.
20)Lelaki bukanlah
sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi,
perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga
normal dan mempunyai kelemahan!
2 comments:
fulamak, ni entry backup lelaki nih..bagus2x..nak kontiniu reading..
@Amirul Verdasco Nadzri
hehehe..troskan membaca yer!
Post a Comment