Buat LELAKI...baca
ni...jgn tak tau psl wanita...mrk ckp unik tau...hehehe
1. Bila sorang wanita mengatakan dia
sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan
airmata,itu bermakna dia sedang
menangis di dalam hatinya.
2.Bila
dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri
dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan
maaf.
3. Wanita sukar
nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu
ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4.Sekiranya
sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki
yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti
coklat!!
6.
Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima
pujian.
7.Jika kamu tidak
suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan
lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak
akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8.
Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak
cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia
sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka
meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10.
Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap
terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.Bila
pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak
acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan
menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu
berita tersebut.
13. Sekuntum
senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14.
Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian
biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15.Jika sorang
wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia
sebab dia memang tak berminat denganmu.
16.
Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan
darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan
sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18.
Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku
tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19.Kalau kamu
masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang
gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20.
Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita
ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya
sendiri.
21. Bekas teman
lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22.
Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya
saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24.
Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak
tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta
bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang
kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan
mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita
suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu
dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan
ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah
jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik
terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana
apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
0 comments:
Post a Comment