Bukan
senang nk melupakan kekasih lama yg amat disayangi tapi sampai bila nak mengenang
org yg dah pergi meninggalkan kita tanpa menoleh walaupun seketika. Memang
senang nak cakap, nak buat memang payah sekali. But why not we try, utk
melupakannya & menerima cinta baru yg mungkin lebih baik dari dulu. Kalau
tak cuba mana taukan?
So,
hari ni sy nak berkongsi tip untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika
dahulu dialah insan yang paling disanjungi. Berikut adalah beberapa tuntunan
yang perlu dilakukan apabila hati kamu masih tidak aman.
Anda
bersedia melupakannya bila…
Menghapus kenangan bersama si dia
Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali.
Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun
hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan
pandangan mata.
Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada
genggam kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara
darinya.
Jangan menyeksa diri
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari
ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya
lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai
membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang
menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.
Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar
untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan
bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya
untuk kamu melakukan perkara yang sama.
Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan.
Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru
dengan bekas kekasih.
Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan
bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan.
Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi
kini anda terpaksa keseorangan.
Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi?
Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus
menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan
harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.
Cara
terbaik melupakan si dia:
**
Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan
bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara
buruk yang ada pada dirinya.
Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu
dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.
**
Rakan pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun
ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada
rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam
hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit
sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.
**
Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya
pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun
memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri
si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada
teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip
seperti yang kamu gambarkan?
2 comments:
semua dah di coba,hehhe :) nice tapi ada satu yang belum di coba sama saya yakni mencari pengganti.. =.= :D info yang menarik thanks :)
@Rulita.park
wc!jangan lupa bace info2 yang laen lagi oke!
Post a Comment